Hari ini aku cuti emergency leave kereta buat hal pula. Semalam masa nak balik kerja masa aku nak start kereta, tiba-tiba wayar kat suis start kereta tu berasap..pehhhhh!!!
Cuba start kali kedua, berasap lagi!! So aku stopkan aktiviti menstartkan kereta. Karang tak pasal-pasal terbakar kereta aku kang. Kusut gak kepala, malam-malam kereta buat hal depan kilang lagi..
So aku call ler mekanik peribadi aku ..hehehehe(ayat ganas). Nasib baik ada rumah pakcik tu, aku kata kereta aku tak ler start. Dia kata dalam 20 minit dia sampai....
Lega kejap, nasib baik pakcik tu angkat telepon , kalau tak aku tak tahu macam mana nak balik. Jawabnya terpaksa ler aku pinjam motor technician aku dan merempit dengan bini aku malam tadi..hahahha.
Janji Melayu kalau kata 20 minit, kau kena upkan lagi 20 minit. Dalam masa 40 minit pakcik tu pun sampai, so dia pun check ler..Check punya check dapati wayar kereta aku ada short curcuit tah kat mana-mana aku pun tak tahu. Kalau ikut versi pakcik tu dia kata "shorting"..hehehehehe.
Setelah pemeriksaan dilakukan, kami suspect suis kunci start kereta mungkin problem. Aku kata macam mana nak balik ini. So dengan gaya MacGyver dia buat "by pass" suis kereta aku. Kalau nak start kena cucuk wayar kat bateri sampai keluar spark sikit...baru kereta start!!!
Dahsyat!!aku thumb up dua-dua jari aku kat pakcik tu,senyum ajer pakcik tu ( bangga ler tu).
Akhirnya dapat juga aku balik malam tadi walau agak lewat sedikit...
So pagi-pagi tadi aku hantar bini aku dan hantar kereta kat bengkel pakcik tu. Pekena roti canai 2 keping. Dan pada yang sama opis call minta tah apa-apa data. Ini pun satu hal, semalam sampai aku terboring-boring kat opis sorang pun tak minta aku apa-apa data. Hari ini aku tercuti, siap call lagi padahal aku dah e-mail Jumaat lepas dan beritahu lagi. Ni kes tak baca ler. Aku ingat kalau hantar awal, kasi big boss check dulu dan kalau ada touch up aku tak kelam kabut..Hampeh!!
Hari ini juga aku ada janji ngan boss tooling aku nak pergi jumpa supplier jadi drebar dia..hehehe. Pasal kaki dia kena gout so susah nak drive, aku offer diri. Sorry Bang Rosdi, ada hal ler. Nampak gaya abang ajer makan ikan bakar tiga rasa sorang-sorang hari ini..hehehehe.
Kalau jumpa supplier best sikit, layanan istimewa tapi kalau jumpa customer ...ehem..!!
Dan hari ini aku terpaksa ler mengadap komputer blogwalking dan bini aku tadi pagi pun dah kasi kerja suruh basuh cadar yang dia rendam tadi..hemmm. Pandai awak yer.. tapi tak per pakai mesin basuh..hehehe.
13 Ulasan
tapi - sesekali buat laundry apa salah nya kan???
eheheheheh
Pengalaman cik mama penah kereta tu masa bawa mengaumm jerr, mcm bawa gear satu jerr, sume org tgokk..pastu dlm keta panas gilerr, dah laa bawa anak masa tu nak hntar sekolah, memg cuak giler, hubby dr kerja dtg tgok, skali check kipas patah.. huhuhuhuhu
sib baik wife tak suruh mop lantai, basuh kipas, tebas lalang..
huuu
paling tak suka kereta rosak. sbb bila kereta rosak. tak pernah $$$$ sikit.... selalu mahaL.
tak tahu lah kena tipu or apa leeza.
Kreta buat hal ka bro? Terbang lagi 'RM' yer..
* Gambar kreta! Tak tahan beb