Kontraversi Tarian TorTor Malaysia Dan Indonesia

Kontraversi Tarian TorTor Malaysia Dan Indonesia

tor-tor

Dua atau tiga lepas aku ada menonton berita tentang Pancasila Indonesia
ada merusuh di Malaysia Hall dengan membaling telur busuk dan batu
kerana isu Tarian Tor Tor. Capek..aku kekeliruan ..apakah bahana yang
bisa memanaskan isu Malaysia dan Indonesia ini.
So aku mencari masalah yang timbul antara kedua ini yang sememangnya
kita memang cukup faham tengah panas-panas kuku.

Rupanya masalah ini timbul dari kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi
dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengatakan Tarian Tor Tor
dan paluan Gordang Sambilan (sembilan gendang) masyarakat Mandailing
akan diiktiraf sebagai satu cabang warisan negara.

Rais berkata lagi dalam kenyataannya pada 14 Jun itu berkata seni
tarian Tor-Tor dan Gordang Sambilan masyarakat Mandailing itu akan
didaftarkan mengikut Seksyen 67 Akta Warisan Kebangsaan 2005, dengan
syarat masyarakat Mandailing mesti mengadakan pertunjukan berkala iaitu
tarian dan paluan gendang di pelbagai pertunjukan di khalayak ramai

Padahal dari segi sejarah sememangnya tarian ini adalah hak suku kaum
Mandailing dari Sumatera Utara iaitu Indonesia!!!
Patutlah mereka marah!! Kalau aku pun bisa marah jugak!!!

Salah faham ini ujud kerana pengiktarafan Tarian ini sebagai warisan
negara Malaysia... seolah-olah tarian ini adalah milik Malaysia!!
Tetapi sebenarnya pengiktirafan itu telah dimohon dan diperjuang sekian
lama oleh masyarakat Mandailing di Malaysia yang mahukan budaya mereka
juga turut diiktiraf negara di peringkat nasional sebagaimana
pengiktirafan kepada budaya masyarakat Cina dan masyarakat India serta
beberapa etnik lain di Malaysia.
Masyarakat Mandailing telah menetap di Malaysia selama 200 tahun iaitu
sebelum wujudnya negara Indonesia dan negara Malaysia.

Hanya salah faham sebab bahasa dan istilah, penduduk Indonesia kecoh
sehari dua ini kononnya Malaysia mahu mencuri tarian tor-tor milik mereka.
Rupanya communication breakdown ler ni...emmmmm....

Aku rasa nak salahkan Datuk Seri Dr Rais Yatim pun tak boleh .....nak
salahkan Pancasila pun tak boleh kerana apabila melibatkan budaya ianya
agak sensitif.
Dari segi Datuk Seri Rais niatnya hanya nak membantu memperkenalkan
tarian Tor Tor ini sebagaimana tarian Naga Cina yang meluas di Malaysia.
Manakala penduduk Indonesia pula memang dikenali dengan sifat jati diri
mereka mempertahankan kebudayaan mereka yang beratus-ratus tahun
tiba-tiba Malaysia sibuk-sibuk nak iktiraf pula.

Sepatutnya kita kena faham masalah hubungan Malaysia dan Indonesia
sering di kontraversikan...so kena hati-hati.
Aku harap Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan aku akan buat
satu kerjasama antara penduduk Mandailing di Malaysia bekerjasama dengan
Mandailing di Indonesia bersama-sama majukan tarian ini. At least kita
hormati asal usul kelahiran Tarian Tor Tor ini....
Kita buat kerja kita iktiraf tarian ini tapi pada yang sama mendapat
sokongan dari Indonesia. Mesti tak gaduh-gaduh malahan mengeratkan
hubungan Malaysia Dan Indonesia...
Kasihan Datuk Seri Rais Yatim....sabar Datuk....

Kita kena akui di Malaysia ini kebanyakan budaya adalah dari Indonesia
kerana nenek moyang kita sebenarnya adalah gelombang kedua di Tanah
Melayu (Malaysia).
Yang benar-benar asli penduduk Malaysia ialah orang asli..kekekekekeke.
Perkara ini akan ujud lagi.....so ini pengajaran untuk kita dan
Indonesia....

In pendapat aku secara peribadi....mesti ada yang tak setuju...aku tahu...
Kalau tak setuju jangan kutuk aku yek...hahahahaha.

Catat Ulasan

7 Ulasan

Cik mama berkata…
Lorrr gini kerr storynya.. cik mama tgok gak kat berita. ermmm nothing to say laa.yg bab budaya dr indonesia tu gak setuju gaklaa, nenek moyang cik mama memg dr sna, Jawa Indonesia. Erkkk
afzalsukasuki berkata…
oo baru aku faham.aku tengok berita haritu apa yang aku faham dorang baling telur dan merusuh sebab tarian tortor

p/s : aku ingatkan toto 4 angka :P
MalizaMah berkata…
ISU KECIL JANGAN DIBESARKAN....
itu sahaja.
Tanpa Nama berkata…
Salam,

Saya nak syor En. Hanif Idrus agar membaca sejarah kuno lebih lagi.

Tidak semua suku di Malaysia khasnya di Semenanjung datang dari Indonesia.

Mungkin En Hanif tak pernah baca sejarah Langkasuka, Kedah Tua, Gangga Negara (Perak), dan Pan Pan (Kelantan).

Selain itu, telah wujud negeri2 atau wilayah2 di Semenanjung sebelum dikatakan datangnya kerajaan Srivijaya (dari suku Melayu di Sumatera) antaranya adalah:
1. Pong-fong (Pahang)
2. Tong-ya-nong (Terengganu)
3. Ling-ya-si-kia (Langkasuka)
4. Kilan-tan (Kelantan)
5. Fo-lo-an (Dungun)
6. Ji-lo-t'ing (Cherating)
7. Ts'ien-mai (Semawe,Semenangjung)
8. Pa-T'a (Sungai Paka, utara Semenanjung)
9. Tan-ma-ling (Tambralinga, Ligor atau Nakhon Si Thammarat)
10. Kia-lo-hi (Krabi)

**Ligor & Krabi termasuk dalam Semenanjung yang kini berada dalam wilayah Thailand.

**Sejarah menunjukkan sebelum datangnya Srivijaya/Sailendra atau mana2 pengaruh dari Sumatera (Indonesia) telah wujudnya pemerintahan beraja dan wilayah2 berpenghuni/berakyat.

**Buktinya kita boleh lihat pelbagai dialek/loghat wujud di serata Semenanjung yang menunjukkan wujudnya suku2 (selain yg dimaksudkan Orang Asli era Malaysia moden) di Semenanjung.

Bahkan terdapat peninggalan sejarah & arkeologi yang berusia ribuan tahun di Semenanjung spt di Lembah Bujang (Kedah), Sungai Batu (Kedah), pelbagai tempat di Perak, dll.

Jadi, kita kini memanggil orang (suku) Kedah, orang Perak, orang Kelantan, orang Terengganu dsb, walaupun ada antara sultan/raja di negeri2 tertentu telah bertukar ganti dengan keturunan Sultan Melaka atau raja2 Bugis.

Bahkan, orang Acheh (di Sumatera) dikatakan oleh sejarawan bahawa mereka berasal dari Champa (kini di dalam Vietnam).

Orang2 Malayo-Polinesia (Austronesia) a.k.a. Rumpun Melayu sendiri telah ribuan tahun wujud di Semenanjung.

By Shah
THE AUTHOR berkata…
Penerangan yang jelas..
Saya faham apabila menyiasat susur galur sesebuah budaya iatu terutama di Malaysia semenangnya terdapat pelbagaian dari negara-negara kuno tertentu bukan sahaja dari Indonesia malah seperti saudara sebutkan tadi dari Thailand atau Vietnam.

Cuma dari entri saya ini saya menekan tentang kebudayaan Mandailing yang sememangnya berasal dari Sumatera Utara.

Walau apa pun saya percaya kesemua kebudayaan yang diutarakan oleh saudara adalah dari pembentukan penghijrahan pelbagaian budaya-budaya lain ke Tanah Melayu melalui Gelombang Kedua.
Terima kaish atas perkongsian ilmu ini.
FaizalRSD berkata…
Macam en hanif cakap dalam entrinya lah,KEBANYAKAN.bukan semua,memang betul yang original penduduk Malaysia ni orang asli je.Budaya adalah hakmilik kaum.mmg susah dan tak payah declare lah negara mana punya culture,sebab boleh jadi isu,nak plak benda yg related dgn indonesia.history malaysia sangat pendek sebab tak ada dokumentasi yang betul2 kredibel untuk trace akar umbimelayu.
FaizalRSD berkata…
Betul tu en.hanif.most of malaysian adalah datang dari gelombang migrasi,yg betul2 ori orang asli lah.kalau tak dari indonesia pun mungkin dari thailand.so bila masuk bab culture ni memang susah nk ckp.setiap kaum ada culture sendiri.india malaysia bawak kavadi tak ada pulak rakyat negara India nk bising2.Indonesian je yang menggelabah lebih.cuma bab tarian ke apa ke xpayah declare,just appreciate sudahla.bebaru ni indon register masakan rendang sebagai makanan diorang.how about our rendang?boleh kita berdemo depan kedutaan indon x?better not,sbb kita punya tamadun lebih beradab,heee...