Lukisan tertua Eropah di gua Sepanyol

Lukisan tertua Eropah di gua Sepanyol

lukisan

Sebanyak 50 lukisan yang terdapat di dalam 11 buah gua di Sepanyol dipercayai sebagai lukisan yang paling tua pernah ditemui di Eropah.
Hasil ujian terhadap lukisan itu menunjukkan ia dihasilkan manusia primitif Neanderthal lebih 40,000 tahun dahulu.
Sebelum ini, tiada bukti menunjukkan bahawa manusia Neanderthal telah menghasilkan lukisan di dinding gua.
"Justeru, adalah satu kejutan jika Neanderthal merupakan pelukis gua pertama di Eropah," kata penulis bersama penemuan tersebut dalam jurnal Science, Joao Zilhao yang merupakan seorang profesor penyelidikan daripada Universiti Barcelona, Sepanyol.
Antara lukisan yang ditemui itu ialah bentuk tapak tangan di dalam gua El Castillo.
Lukisan kuda dan ikan turut ditemui di dalam gua tersebut.
Manusia primitif Neanderthal hidup sebelum kewujudan manusia moden di Eropah dan Asia Tengah

Catat Ulasan

2 Ulasan

MalizaMah berkata…
saya suka gak info2 ttg sejarah ni. tapi kalau dah mula sem nnt... mesti tak ada masa nk detail2 baca benda mcm ni....
Cikrosecute berkata…
wow!! lama tue..