Macam Mana Nak Jadi Blogger Femes

Macam Mana Nak Jadi Blogger Femes

hanif

Entri macam best ajer kan!!!..hehehehhe.
Macam aku ni blogger femes...aku ingin menyatakan bahawa aku bukan blogger femes tapi aku ada baca beberapa cara untuk kau jadi blogger femes.
Ini pun aku dapat setelah beberapa lama mengodek beberapa laman web yang memberi penjelasan lengkap.
So aku satukan semua ini dalam satu entri...
Semuanya bergantung pada usaha kau orang jugak..!!!
Blogging ini pada dasarnya ialah usaha dan teknik dan masa dan luck....macam aku ni hangat-hangat tahi ayam sahaja...

Bila berbicara tentang nak jadi blogger femes ni aku tak bercerita tentang SEO ...aku nak bercerita tentang pageview yang kau akan dapat !!!
Jom mari kita lihat.

a) Berkawan dengan blogger femes.
Sebenarnya sesebuah blog itu berdaya tahan adalah kerana ikatan hubungan antara blogger PR 3 ke atas. Dari situ mereka dapat mempromosi kan blog mereka antara satu sama lain.
Itu lah adalah realiti sebenar yang berlaku. Kalau tak, konpem PR mereka akan jatuh seiring dengan pageview mereka.
So anda harus sedaya upaya berkawan dengan dengan blogger-blogger femes ini seperti Denaihati,  Red Diva, Ariiff Shah, Ben Ashaari, Beautiful Nara dan mana-mana blogger yang PR3 ke atas.
Jika anda selalu membodek mereka, jika anda dalam kategori bernasib baik, mereka meletakkan URL blog anda dalam laman web mereka ianya adalah satu anugerah!!!.
Pasti anda akan menjadi femes sepantas kilat kerana mereka ini semua mempunyai pembaca setia dan paling-paling rendah pun  pun satu hari pageview mereka 3000 pageview.

Bayangkan berapa kuat impak yang akan anda dapat jika dapat menyertai kelompok mereka.
Tapi amatlah jarang mereka akan mempromosi blog anda cuma yang aku nampak Denaihati selalu ada memberi peluang pada blogger-blogger amatur macam kita ni

b) Mempunyai domain sendiri
Ini juga dikatakan sebagai salah satu intipati dalam menaik taraf blog anda. Kata orang apabila seseorang itu mempunyai domain sendiri maka keyword atau traffic lebih senang menuju ke anda berbanding menggunakan domain free macam aku ni...hehehehehhee.
Tak percaya tanya pada rakan-rakan yang telah menukar domain sendiri. Atau lihat sahaja blogger femes yang menggunakan domain sendiri.
Tetapi ada juga yang berjaya menjadi blogger femes dengan menggunakan domain free ini.
Selain itu ramai berkata penggunaan domain sendiri menggunakan wordpress adalah lebih cerah harapannya berbanding blogspot. Ini kerana plug in wordpress adalah bersifat mesra blogger dan SEO.
 Lagipun kalau anda mempunyai domain sendiri secara tak langsung...rasa macam best ajer....hehehehe dan orang pun macam respek ajer kat kau...
Apa lagi jom tukar domain anda secepat yang mungkin..kalau anda mahu jadi blogger femes!!!

c) Mempunyai ping sistem sendiri samada FB atau website.
Ini adalah salah satu teknik yang sering digunakan oleh blogger-blogger yang nak menjadi terkenal.
Kalau anda mempunyai FB ..pernah lihat tak FB yang membenarkan kita ping blog kita di FB mereka seperti Blogger Malaysia, Blogger Muslim dan sebagainya.
Dan rata-rata friend dalam blog ini mencecah beribu-ribu orang.
Selain itu kalau anda mempunyai kepandaian tersendiri akan akan membuat ping sistem sendiri seperti ping.busuk, gua blog dan sebagainya.

Ini agak susah kot nak buat sebab anda kena promosikan FB ini dan suruh orang like kemudian benarkan blogger-blogger menggunakan paltform ini sebagai ping blog mereka.
Jika berjaya secara tak langsung anda mampu untuk memperkenalkan blog anda sebagai wacana utama dalam FB ini.
Biasanya FB sebegini digunakan oleh blogger-blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogger amnya.
Oleh itu blog anda secara berterusan mempunyai pembaca dari masa ke semasa.

d) Segmen atau Giveaway
Ini adalah perkara terbiasa dilakukan oleh blogger-blogger sekarang. Tetapi untuk aku yang paling baik ialah giveaway kerana ia memberi pulangan kepada blogger apabila menyertai sesuatu giveaway ini.
Bila berbicara tentang psikologi manusia ini....ialah kita memberi dan mengambil. Kalau semua orang nak kasi kat kau pun tak bagus kan..so kadang-kadang kena memberi juga...hehehehehe
Atau melalui segmen pun OK juga iaitu bertukar-tukar URL antara satu sama lain.
Saya jamin ini akan memberi impak yang besar kepada pageview anda dan sekali gus membuat blog anda mudah dikenali ramai.

e) Modal
Titik tolak ialah modal. Pernah saya terbaca satu artikel iaitu kalau anda nak jadi femes jangan kedekut. Kena sanggup keluarkan modal seprti membeli domain sendiri atau mengupah konsultant SEO untuk promosi blog anda.
Konsultant SEO biasanya kita gunakan apabila melibatkan website perniagaan. Kalau macam blog peribadi tak payah kot...
Saya rasa kebanyakkan blogger terkenal ini pasti sedikit sebanyak mesti pernah keluarkan modal untuk mempromosikan blog mereka.
Selain itu giveaway juga memerlukan modal juga.
Bayangkan kalau anda membuat segmen yang memberi pulangan RM5000...rasa-rasanya ramai tak join..hehehehehhe.

Antara kesemua ini apa yang aku dah buat....satu pun tak der...hahahahaha.
Sebab tuuuuu aku tak femes...kecian aku kan.
Nak kata keluar modal...jauh sekali..
Nak beli domain...rasa rugi lak sebab aku buat blog suka-suka...
Pernah buat FB like menggunakan nama Blog Santai-Santai tapi gagal....sebab usaha tak cukup kuat...

Selain itu anda mesti maintain satu perkara asas dalam blogging iaitu BLOGWALKING....
Kalau buat macam-macam pun kalau tak blogwalking pun tak guna.
Selamat menjadi blogger femes..
Kalau dah femes jangan pula lupa aku pula...
Orang kata..kalau dah femes selalunya sombong..betul ker?

Pissss..nak  beritahu satu rahsia...kalau nak buat entri yang pasti orang baca punya ialah buat entri pasal unsur-unsur seksual...pasti ramai baca. Maksud aku bukan buat entri LUCAH!!! Kena faham statement yek..hehehehhe

Catat Ulasan

18 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bagus2 tq dik
Unknown berkata…
wah.. menarik ni
Pecinta pink^^ berkata…
fuhh..susah jugak nak jadi femes ni..hehe..mgkin bkn sy kalo nk femes..kehkeh
Unknown berkata…
terima kasi.. sya pon nak jadi FB gak la... heheheh
izla berkata…
yg saya mampu blogwalking aje hehehe
Korn Ahmad berkata…
tak mau la femes2... nanti susah nak layan fanclub.. cheewah.. haha..
cukup la sekadar org dtg blog kite komen2 then tgglkan jejak... =P
dz zain berkata…
salam perkenalan blog's friends....:)

http://inisayatau.blogspot.com/
SURIA AMANDA berkata…
thanks for info..rasanya i blogger baru nak belajar...harap2 lepas2 ni boleh la jadi femes...
Unknown berkata…
wah hebat.. memang bgs la..
rAIHan berkata…
menarik.tak terlintas nak jdi femes. dapat pembaca tetap pon dah oke. ^^
Unknown berkata…
nice tips tu bro..slow2 pemes xpe..hihi..pemes bw di blog rakan2 pn bez jgk..even bukan pemes blogger..kannnn..tp idea bro atas tu mmg bernas
Unknown berkata…
nawaitu nak femes tu xder la sgt cuma nak release tension je dan menggila di alam maya..tapi kalo dah terfemes orait la jgk kan...yg penting "di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung..
MalizaMah berkata…
ermmm..... bukan mudah nak jadi femes ni. itu yang pasti...
Aimacomel berkata…
err, bagiku kalau tak jadi fames tu pun xpe.. cukuplah berada dipertengahan, sebab takut dah terbang tinggi nti lupa nak jejak kaki kat bumi pulak.. anyway, terima kasih berkongsi ;)
Unknown berkata…
mmg btol tu. tapi yg penting, entri harus menarik juga (: baru semangat nak bca dan melawat setiap masa.
Tanpa Nama berkata…
ifa ada wat satu entri tuk blog nie..sudilah baca n komen entri serabai ifa..hihi

http://ifahshhily.blogspot.com/2012/06/hanif-bin-idrus-blog.html
Unknown berkata…
sokong bro......macam kat ping busuk tu....entri yg femes msti yang babitkan citer seksual.
Unknown berkata…
terbaek lah bro..... http://emiencas.blogspot.com/