Mentor 6 - Tahniah Buat Caroline

Mentor 6 - Tahniah Buat Caroline

Mentor 6 semalam telah menutup tirainya semalam. Dan Puteri Caroline
telah menjadi juara dengan membawa balik RM100,000. Mentornya Ella juga
telah menerima tempiasnya menerima RM100,000.
Wah!!! banyaknya duitnya....mesti best buat belanja repair rumah kat
kampung...heehehee
Malam tu sememangnya milik Caroline, semua lagu-lagunya memang meletup
cuma lagu terakhir tu (iaitu lagu baru agak kurang mantap)

Tapi paling aku kasihan ialah si Anas yang mendapat tempat ketiga,
padahal pada mula-mula konsert namanya cukup meletup. Mungkin bukan
rezeki dia kerana demam dah dekat 2 minggu tak baik-baik!!
Suara pun dah macam tak best bila tarik panjang atau nyanyi lagu perlahan...
Faizal Tahir dah buat yang terbaik untuknya...apa nak buat Mentor 6 ini
benar-benar bukan rezekinya....

Zatul memang sedang dalam pembikinan yang baik, semakin lama semakin
mantap!!
Aku suka Zatul!!!
Dia memang rocker terbaik..hehehehehe.

Walau apapun tahniah buat kesemua peserta akhir Mentor 6 yang telah
berjaya ke final dan suka tak suka, pemenang harus dipilih. Dan Caroline
terbukti dia yang terbaik antara yang terbaik!!
Sebab mentor ler aku tidur lewat semalam dan TV2 ada cerita George
Clooney aku tak dapat tengok...huhuhuhu.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Cikrosecute berkata…
kesian kat anas...suara dia best...tak per anas boleh jadik artis hebat...
MalizaMah berkata…
Markah juri beri kat si puteri ini pun tinggi. so tidak dapat disangkallah... persembahan beliau juga baik.
Tahniah juga kepada mentornya.. ELLA.. yang membimbing beliau dgn baik.
Diari Maya berkata…
Akak hanya tgk konsert mentor final tu jer, memang best puteri nyanyi mlm tu kan.
liyanazahirah berkata…
saya x tengok pun..lupe...hihi..
Harun Ar berkata…
Wah besar nian hadiahnya..
Sukses untuk yang berjaya