Pengutip cukai akan diberi latihan ketenteraan

Pengutip cukai akan diberi latihan ketenteraan

cukai
Pengutip cukai Jakarta akan mendapat latihan fizikal ketenteraan selama tiga hari dari pasukan keselamatan presiden sebagai usaha untuk membina otot dan moral dalam organisasi yang dilihat tidak efektif dan banyak rasuah.

Tahun lalu, Indonesia dikejutkan dengan kes pegawai cukai, Gayus Tambunan yang memberi rasuah untuk keluar daripada penjara ketika menunggu hukuman kerana mengambil sogokan untuk mengurangkan cukai syarikat.

Jurucakap Pejabat Cukai, Dedi Rudaedi berkata, “Ia penting untuk meningkatkan karektor mereka.”

Katanya, “Kami mempunyai 32,000 kakitangan dan ramai di antara mereka mahu berubah, mereka mahu pejabat ini lebih bersih.”

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah menjadikan memerangi rasuah sebagai keutamaa

Catat Ulasan

0 Ulasan