Salam Satu Blogger. Hari ini nak cerita tentang keperluan banner dalam blogger. Jangan salah faham antara banner dan header.
Banner maksud satu image bergambar yang menceritakan trademark blog anda. Biasanya banner ini digunakan untuk exchange URL antara blogger.
Manakala header tu ialah image di atas blog kau tu ..yang besar tu..
Kadangkala bentuk header dan banner sama kecuali saiz yang berbeza. Header lebih besar dan banner lebih kecil.
Blog aku tak der header so tak der contoh nak tunjuk...hehehhehhee
Kamu ada banner tak? Aku dulu ada banner tapi sejak google ujudkan bloglist aku tak pakai banner dah..
Fungsi dari segi backlink adalah sama untuk banner dan bloglist. Tetapi menggunakan bloglist adalah lebih mesra alam.
Kerana kamu boleh exchange seberapa banyak yang mungkin dalam satu bloglist ( 200 URL list).
Tetapi banner lak merupakan URL individu , bayangkan kalau kamu exchange berpuluh-puluh banner., mana nak letak dik oiii!!
Exchange banner juga melembabkan loading time kau kalau terlalu banyak. Apatah lagi kalau ada blogger yang tak memahami saiz image yang terlalu besar akan menyebabkan loading time kau berat. Saiz image yang benar-benar terbaik ialah bawah 6KB.
Kesimpulannya kalau untuk exchange URL ...banner sememangnya agak ketinggalan zaman.
Dulu memang sesuai tapi kini amat tak sesuai!!!
Apa lagi kegunaan banner? Kegunaan banner yang sesuai digunakan pada masa kini ialah bila kau anjurkan segmen. Bila buat segmen pasti kau nak orang letakkan banner bukan di side bar tapi melalui entri merekakan. Kemudian semua yang join kau masukkan URL mereka dalam entri kau atau bloglist kau.
Ini perkara biasa orang menggunakan kemudahan banner ini.
Banner juga sesuai digunakan jika blog kau ini ping blog..macam ping.busuk atau blogger Malaysia. Kau perlu masukkan image blog mereka ke dalam blog kau .Supaya bila kau nak ping kan blog kau kau hanya perlu tekan gambar yang disediakan. Kalau untuk ping blog amat tak sesuai masuk dalam bloglist...macam tak kena ajer...hehehehehehe.
Lagipun anda kena follow syarat blog ping sebab melalui mereka anda akan dapat traffic..
Berbalik pada persoalan entri tadi..perlukan setiap blogger mempunyai banner. Adakah ia satu keperluan yang amat penting dalam teknik blog.
Pada pendapat saya ialah dari tak ada baik ada!!! hahahahahaha.
Mana tahu kalau kita terjumpa blogger OLD SCHOOL yang masih suka exchange banner. Apa salahnya kalau layan 2 atau 3 exchange banner.
Mana tahu tetiba tergerak nak buat segmen..so, dah ada banner trademark kau macam Ben Ashaari yang asik guna banner yang sama...kekekeke..Dulu ler..
Mana tahu kau ada 2 atau 3 blog, so kau boleh ler letak banner blog kau dekat blogshop kau tu....
Tapi aku masih tak der header dan banner..Kasihan aku yek...hahahahahha.
Kat atas tu hah!!! banner aku yang buruk tu..masa mula-mula tengah ghairah berblogging....
Burukkan...kadang-kadang bila ku lihat hasil kerja aku masa mula-mual berblog ini...tersenyum...haprak..kekekeke
10 Ulasan
blogger femes je kowt