Persatuan sokong hubungan seks dewasa dengan kanak-kanak diharamkan

Persatuan sokong hubungan seks dewasa dengan kanak-kanak diharamkan

kanak-kanak

Mahkamah di Belanda semalam, mengharamkan persatuan yang melobi penerimaan hubungan seks antara orang dewasa dengan kanak-kanak.

Jurucakap Mahkamah Sivil di utara bandar Assen, Luta van der Leij berkata, “Mahkamah telah mengharamkan dan memerintahkan pembubaran Persatuan Martijn itu.”

Pendakwa raya Belanda pada 16 Mei lalu, dalam hujah penutup, meminta persatuan itu, yang telah wujud sejak 1982, supaya diharamkan dan dibubarkan.

Pendakwa raya berkata, persatuan yang beribu pejabat di Assen, kira-kira 160 kilometer dari Amsterdam, dan mengendalikan laman web “menawarkan rangkaian digital dan pejabat kepada pesalah seks.”

Buat masa ini ia mempunyai 60 anggota.

Bekas Presidennya, Ad van den Berg, dipenjara tiga tahun pada 18 Oktober tahun lalu di Harlem di barat Belanda kerana memiliki gambar, filem dan majalah yang memaparkan pornografi kanak-kanak.

Pendakwa raya membawa kes sivil ke Mahkamah Assen selepas Mahkamah Rayuan November lalu, enggan mendakwa Martijn atas dakwaaan jenayah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Cikrosecute berkata…
macam2 sekrgkan..