Saudi benar atlet wanita sertai Olimpik

Saudi benar atlet wanita sertai Olimpik

arab saudi
Tak sabar nak tengok wanita muslimah beradu dalam Olimpik dengan memakai pakaian menutup aurat. Ini janji Arab Saudi dalam membenarkan wanit aislam mereka bertanding dalam Olimpik.
Pada fikiran aku pasti pakaian mereka akan menjadi ikon wanita muslimah dunia jika pakaian mereka benar-benar berunsur islam kerana islam belum ada pakaian sukan wanita yang benar-benar menutup aurat.


Arab Saudi membenarkan atlet wanitaya bersaing dalam temasya Olimpik 2012 buat julung kali.

Satu kenyataan Kedutaan Arab Saudi di London, yang dipetik BBC menyebut bahawa Jawatankuasa Olimpik negara itu "akan meneliti penyertaan atlet wanita yang layak" menyertai Olimpik London 2012.

Keputusan itu akan mengakhiri spekulasi baru-baru ini bahawa keseluruhan delegasi Arab Saudi akan hilang kelayakan bersaing di London ekoran isu diskriminasi gender.


Penyertaan wanita dalam sukan menjadi topik perbincangan hangat dengan golongan konservatif di Arab saudi menentang pembabitan kaum wanita.

Pegawai-pegawai Arab Saudi berkata, memandangkan temasya itu akan berlangsung dalam beberapa minggu lagi, bulan depan, satu-satunya atlet wanita yang dilihat layak ke London ialah Dalma Rushdi Malhas iaitu atlet acara lompat kuda.

Bagaimanapun katanya, kemungkinan ada atlet lain yang boleh bertanding dan jika berjaya, mereka akan dikenakan kod pakaian untuk "memelihara maruah

Catat Ulasan

0 Ulasan