Sekarang ni kat mana-mana tak habis-habis bercerita tentang bolasepak. Euro 2012 tengah melatup sekarang dan diselit lagi Malaysia lawan Singapura tempoh hari....
Aku dah tak terlawan bercakap dengan mereka sebab aku memang tak minat bola!!
Aku rasa aku ler dalam 0.5% lelaki dalam dunia ini tak minat bola. Tah-tah aku dalam 0.0005% kot...hehehehe. Perempuan sekarang pun minat pada bola....
Diulang perempuan pun minat bola.
Dari kecil aku memang tak minat bidang sukan outdoor ini. Mungkin tiada pendedahan masa sekolah dulu kot.
Aku akan tengok bola kalau tiada pilihan macam tempoh hari Malaysia lawan Singapura. Ini disebabkan TV aku sudah di tawan oleh semua keluarga lain.
So ada ler modal sikit nak buat entri pasal bola...hehehehehe.
Nak kata aku kawan dengan budak book worm tak juga...hahahhaha. Kalau tak aku mungkin dah jadi lawyer kot.
Kalau tak aku pasti dah pakai cermin mata besar dan tebal dengan rambut sikat tepi.
Sebenarnya aku malas nak main kot bola dari kecil, mengejar bola...pelik sangat...
Sedih sebenarnya kalau kita dalam kategori orang yang tak minat bola ni. Aku kehilangan satu nikmat dunia yang dialami oleh berbillion manusia di bumi ini. Pada ketika mereka sedang terjerit-jerit depan kaca TV, aku pula menyumpah seranah TV kerana semua channel menayang siaran langsung bolasepak.
Dan sekarang pun aku tengah tension, masa waktu rehat aku hanya diamkan diri sahaja apabila rakan-rakan di meja makan berborak pasal pemain-pemain yang aku langsung tak kenal.
Tersisih dari masyarakat.....dalam hati cepat-cepat ler habis Euro ini.
Aku sekarang memang sangat bersedih..huhuhuhuhuhu.
Tolonglah aku dengan klik Nuffnang aku...kekekekeke.
6 Ulasan
lelaki tak minat bola
sebab lelaki klau dah ngan bola
awek pon tak dilayan
minat iols - sedari kecik sebab selalu tengok perlawanan bola dengan my abah dan adik...
hiburan satu keluarga ekceli... ramai2 tengok bola waktu malam kat tv!
hanya lately - iols dah kurang banyak minat yang ni...
lebih tumpu kepada membaca pulak...!