Terbang dari London ke Sydney 4 jam

Terbang dari London ke Sydney 4 jam

concrode
Peminat kapal terbang ternanti-nanti pelancaran jet supersonik yang mampu terbang dari London ke Sydney dalam hanya empat jam.

Pembina kapal terbang Amerika Syarikat, dibantu oleh agensi Nasa, akan menunjukkan prototaip pengganti Concorde di pertunjukan udara Farnborough, bulan depan.

Boeing, Lockheed Martin dan Gulfstream, menjadi peneraju untuk membina pesawat supersonik berpenumpang yang akan disasarkan pada mulanya di pasaran jet perniagaan.


Ketiga-tiga syarikat itu percaya mereka semakin hampir untuk mengurangkan bunyi “boom”, seperti yang diterangkan oleh jurutera Gulfstream minggu lalu sebagai “semakin hampir bunyi “pluf” atau “plop.”
Katanya, “Semua pemain utama mengesahkan khabar angin dalam industri ini, generasi baru pesawat supersonik kini, akhirnya, hampir dicapai.”

Material berkomposit ringan, enjin yang lebih berkuasa dan fiuslaj lebih kecil membolehkan jet itu terbang dua kali lebih laju daripada Concorde yang mencapai kelajuan 1,358 batu sejam, menurut akhbar Sunday Times.

Penumpang dapat terbang pada kelajuan lebih 2,485 batu sejam, membolehkan mereka terbang dengan selesa dari London ke Sydney, kira-kira 12,000 batu jauhnya.

Buat masa ini, pesawat jet eksekutif subsonik jet, pesawat terbaru G650 Gulfstream mampu terbang 7,000 batu pada kelajuan 646 batu sejam dan mempunyai kelajuan maksimum 704 batu sejam.

Bagaimanapun, penggantinya yang diberi nama kod X54, akan “membuktikan pesawat boleh dibina untuk bunyi sonik boom yang lebih rendah,” lapor majalah Aviation Week & Space Technology.

Eksekutif pameran berkata, ia akan dipamerkan di Farnborough bersama prototaip supersonik yang lain.

Januari lalu, Nasa mendedahkan imej pesawat ujian di terowong angin yang mencadangkan bunyi sonik boleh disenyapkan menggunakan sayap paling nipis dan enjin tersembunyi.

Robert Bass, peniaga dana lindung nilai Texas, mendepositkan 50 AS$200,000 (RM639,674) untuk syarikatnya Aerion SBJ Supersonic Jet selepas mendapatkan bantuan Nasa, walaupun tarikh penerimaan belum ditentukan.

Pesawat 12 tempat duduk itu dijangka berharga AS$80 juta (RM255.8 juta) setiap satu dan akan dipasarkan kepada pembeli di Eropah dan Timur Tengah di bawah slogan, “Ke AS dan kembali pada satu hari bertugas”.

Cabarannya bukan saja dari segi teknikal: pembuatnya perlu membuktikan kepada ahli politik bahawa jet supersonik akan diterima oleh orang ramai.

Bunyi kuat Concorde memaksanya terbang di landasan jauh dari daratan dan menjejaskan peluangnya untuk dikomersialkan. Ia terbang buat kali terakhir pada November 2003

Catat Ulasan

0 Ulasan