Tindakan seorang ahli perniagaan Greek yang mengadu pembantu rumah yang mencuri wang satu juta euro (RM3.98 juta) mendapat perhatian daripada Jabatan Hasil Dalam Negeri, semalam.
Selepas jutawan itu melaporkan mengenai kecurian wang daripada peti simpanan di vilanya yang terletak di kawasan mewah di pinggir Athens, pendakwa raya mengarahkan Pejabat Penipuan Negara untuk menyiasat sama ada wang itu diisytiharkan secara rasmi atau tidak.
Dia memberitahu polis, wang tersebut adalah hasil daripada penjualan hartanah baru-baru ini dan dia mahu melaburkannya.
Dia fikir menyimpan wang di dalam peti keselamatan lebih selamat berbanding di bank dalam keadaan krisis ekonomi sekarang.
Polis semalam, menemui separuh daripada wang yang dikatakan dicuri, sementara wanita berusia 33 tahun yang berasal dari Gorgia berkata, dia telah melaburkan separuh lagi wang itu di negaranya
0 Ulasan