Hampir dua pertiga pemimpin negara di dunia menyertai alam Twitter dan tweet oleh Presiden Barack Obama mengenai perkahwinan sejenis adalah yang paling popular setakat ini, menurut satu kajian, semalam.
Tetapi kebangkitan apa yang dikenali sebagai “Twiplomacy” hanya seperti “mengulang perkara yang sama”, menurut analisis yang dibuat oleh firma perhubungan awam Burson Marsteller ke atas 264 akaun kerajaan di 125 negara.
Ia adalah kajian seluruh dunia pertama yang dibuat ke atas semua pemimpin negara yang mempunyai akaun Twitter.
Menurut kajian itu, kira-kira 264 pemimpin negara kini mempunyai akaun Twitter dan pengkaji percaya 30 daripada mereka menulis Twitter mereka sendiri. Apabila dicampurkan, mereka telah menghantar 350,000 tweet kepada hampir 52 juta pengiku
Tetapi hampir satu pertiga tidak menjadi pengikut antara mereka dan berpuluh-puluh tidak menjadi pengikut mana-mana penulis Twitter.
Tapi, menurut kajian itu, ia tidak bermakna mereka tidak “berbual” kerana lebih sembilan daripada 10 tweet oleh Perdana Menteri Uganda dan Presiden Rwanda adalah jawapan.
Pemimpin negara menulis di Twitter dalam 43 bahasa, tetapi bahasa Inggeris menjadi pilihan utama oleh 90 akaun. Bahasa Sepanyol adalah bahasa kedua paling banyak digunakan dengan 41 akaun diikuti oleh Perancis (25 akaun) dan bahasa Arab di tempat keempat (17 akaun)
1 Ulasan