Salam Satu Blogger!!!
Tak lama lagi Ramadhan akan menjelma, kelip mata...kelip mata tahu -tahu besok sudah nak berpuasa...
Sempena Ramadhan ini adalah waktu terbaik untuk beribadah. Tapi jangan salah faham pula, hanya bulan Ramadhan sahaja kita beribadat..hehehehehe.
Aku rasa aku tak mahu berceloteh tentang muhasabah diri tentang Ramadhan ini kerana ramai blogger telah bercerita tentang kebaikan Ramadhan ini.
Apa kata kita kaji mendalam realiti disebalik yang berlaku di dalam bulan Ramadhan ini.
Aku cuma nak berceloteh tentang kesempatan yang boleh diambil dalam bulan Ramadhan ini iaitu berniaga. Sudah tentu pada bulan Ramadhan ini, peniaga-peniaga pasar malam amnya akan berniaga di tapak Ramadhan. Aku sendiri pun tahun lepas secara tak langsung pernah terlibat dalam aktiviti perniagaan Ramadhan ini ( jual kuih..hehehhehe)
Apa yang aku lihat ialah kemurniaan Ramadhan pasti tertinggal ke belakang apabila duit menjadi pertaruhannya.
Bayangkan start meniaga pukul 3.00pm. Sebelum tu kita siap sedia barangan seawal 10.00am.
Pukul 3.00pm sampai di tapak perniagaan, kena kemas barang dan mula berniaga pukul 4.00pm dengan panas terik yang melampau.
Rasa-rasanya berpuasa tak mereka. Secara jujur 80% dari mereka tak berpuasa.
Bila time berbuka puasa lak, sempat makan yang ringan-ringan ajer. Sembahyang Tarawih jauh sekali kerana biasanya time-time macam ini kedai Full House.
Selama sebulan sebegini....
Malam raya lak. .masih berniaga lagi kerana pada malam raya sebegini memang ramai yang berpusu-pusu membeli kelengkapan raya last minit. Tutup kedai pukul 4.00am.
Rasanya esok dia pergi tak sembahyang Hari Raya atau pergi ke kubur melawat arwah di pagi raya.
Atau pergi menyambut Syawal pertama ke rumah saudara mara.
Ini adalah perkara realiti yang saya lihat dan aku secara keras beritahu bukan semua peniaga Bazar Ramadhan tak berpuasa...cuma 80% ajer...kekekekkeke
Bulan Ramadhan memang penat berniaga tapi duit masyuk lebat!!!
Manakala pekerja kilang pula macam aku ni kebanyakan pula bekerja 12 jam. Start kerja 8.00am balik pula pukul 8.00pm.
Balik kerja terus makan kat kedai berbuka puasa!!
Sampai rumah pula dalam kul 9.00pm itu kalau rumah tak jauh, rasanya lepas tak Sembahyang Tarawih berjemaah...
Puasa memang penuh ler sebab kerja setempat sahaja..hehehehhehe.
Kesempatan Sembahyang Tarawih hanya diambil pada hari Sabtu atau Ahad.
Tapi jika yang berhati kental, pasti boleh buat, hanya perlu adjust masa sahaja...apa yang aku tulis kat atas ini hanya contoh.
Dalam dunia sekarang ni manusia sebenarnya di kawal oleh duit. Kita sibuk sebenarnya kerana duit dan hutang.
Lainlah kehidupan 30 tahun yang lalu, zaman nenek moyang kita. Mempunyai masa yang banyak , pukul 9.00pm dah tidur..kekekekekeke.
Zaman berubah tetapi janganlah kita mengubah perkara yang wajib pula.
Zaman sekarang cabaran umat islam memang mencabar!!!
Kita ada akal dan pikiran pandai-pandailah fikir.. kalau mahu seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih...
Entri ini sebenarnya untuk menyedarkan aku juga yang selalunya lalai ....NO EXCUSE.
Semoga aku dan semua akan menjadi insan yang terbaik dalam bulan Ramadhan ini. Dan harapannya biarlah ia berterusan ..
4 Ulasan