Bayi Kena Sembelih

Bayi Kena Sembelih

bayi
Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.
Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.

Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.

“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.

Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.

Catat Ulasan

13 Ulasan

Nor Zilla Sensei berkata…
astagfirullah.. nak mengalir air mata ni..betapa kejamnye ppuan tu. binatang pun sygkan anak..sedihnyerrr
Unknown berkata…
Erk apa nak jadi manusia zaman sekrang... dah tak de hati perut :(
Noor Atikah Ramli berkata…
waaaaaaa..ciannye kat baby tu :(
Cik mama berkata…
memg stupid yg buat cam ni.
rAIHan berkata…
astaghfirullah..ksiannya bayi tuh. :(
Unknown berkata…
ksian bby tu..
MalizaMah berkata…
bisu sekejap...
hmmmm......
teratai berkata…
Kesiannya...nasib baik sempat diselamatkan!
Unknown berkata…
ingatkan di malaysia td...
ish, kesiannya baby tu :-(
Tanpa Nama berkata…
kesiannya.....sedih tngo anak macam nie
Pecinta pink^^ berkata…
ya,Allah..kesiannya..zalim nye..hmm
Momo berkata…
bongok la org yg pergi sembelih baby tu..kalau ye pun tak suke, buang je. tak yah nak sembelih..kesian baby tu..