Hari ini entri tentang kawan-kawan..
Hari ini nak cerita tentang persahabatan..
Dalam dunia persahabatan ini adakala kita akan menjadi lawan atau kawan.
Dan getirnya dalam dunia persahabatan ini, sering menjadi lawan ialah sahabat terbaik atau kawan baik.
Kerana untuk aku apabila kita bersahabat terlalu rapat dengan seseorang dan tiada rahsia antara kita..heheheheh
Lagi cepat tercalar walau hal yang kecil.
Aku tak boleh menjawab persoalan itu kenapa hati mudah sensitif dengan sahabat baik.
Ini yang berlaku pada aku, sudah hampir setahun aku tidak menegur sapa sahabat baik. Ada hal yang berlaku tahun lepas.
Bukan pasal hal-hal keluarga cuma salah faham antara kami berdua.
Tapi semalam aku bersyukur kerana aku dan dia telah menjernihkan perkara yang lalu. Dalam hal ini tiada siapa yang salah. Untuk aku keegoan aku sebagai lelaki yang menjadi penghalang kepada menjernihkan suasana ini.
Rupanya perkara yang hampir setahun kami tidak bersapa boleh diselesaikan dengan berbincang. Betapa ruginya masa yang berlalu antara kami berdua.
Time bergaduh ni, bila bersua kamu membawa diri ke arah lain. Bila benda-benda macam ni berlaku, kau akan rasa tension, penat dan berhati-hati takut bertembung dengan rakan kau.
Inilah realiti kalau kau bermasam muka dengan kawan.
Dan semasa perang suam-suam ini, aku sentiasa risau akan ujudnya "double standard" aku dalam pekerjaan terhadap rakan aku ini. Takut menggunakan kedudukan aku dalam menganiaya rakan aku. Ini perkara yang paling aku takutkan sekali. Dosa bro buat benda-benda macam ni.Tapi sebagai sebagai manusia kita ada hati, dan perasaan dan nafsu. dan tambahan syaitan mencucuk-cucuk buat benda yang jahat. Syukur dan setakat ini aku tak buat benda macam ni. Dan paling aku risau balasan Allah nanti. Sekarang ini balasan immediate tak macam dulu-dulu ..sampai ada cucu baru dapat balasan ..hahahahhaha.
Hari ini hati aku amat lega sekali, beban kat bahu aku ni dah terlerai. Syukur alhamdulilah pada Allah Taala kerana membuka hati kami berdua untuk bersapa. Rupanya ada jodoh antara kami lagi..hahahahaha.
Terima kasih rakan-rakan kerana membaca entri aku ini .
Aku dah lama sangat nak entri ini dan akhirnya tercapai!!!
Letak gambar kucing sikit.
5 Ulasan
iols penah lalui perkara sebegini
disebabkan salah faham.... terputus seketika tali persahabatan...