Hari ini nak cerita tentang gambar lak...
Pertama nak minta maaf kalau ada sesiapa yang terbeliak mata melihat belungkas kat header aku ini.
Aku tak tahu nak letak apa sebenarnya, bila di tatap lama-lama gambar belungkas yang aku amik ni terpikat hati nak buat header lak...hehehehehe.
Tapi sementara sahaja sebab aku tengah mencari header baru ini....
Gambar perkahwinan pun aku dah siap dah...90%. Tiap-tiap hari spend 2 jam edit gambar kahwin ini. Dari editing keseluruhan hinggalah touch up buang bayang-bayang kat gambar. Memang tak secantik dan setinggi imaginasi aku terhadap gambar yang aku ambil ni tapi aku agak puas hati juga dengan hasil kerja pertama aku ini.
Aku juga dah edit sikit gambar bercuti di Trengganu. Aku suka ambil gambar abstrak so aku ambil gambar nenek tua yang sedang berniaga kat Pasar Payang dan juga landskap di Trengganu.
Gambar tak cantik juga tapi aku nak letak juga.....
Minggu ini ada main Futsal kilang aku, aku nak amik gambar lagi. Nak cuba teknik gambar sport. Orang kata susah sikit pasal ia banyak movement. Shutter speed kena besar sikit tapi takut gelap pula kerana main indoor. Karang malam nak buka kitab cari teknik gambar sport...
5 Ulasan
bleh menambah sumber pendapatan juga....
good luck ya!