Amacam puasa hari ini Ok tak...
Semoga semuanya dipermudahkan...
Entri bulan puasa sudah tentu tentang makan ...hehehehehe.
Salah satu kewajipan makanan utama dalam Bulan Puasa ialah Bubur Lambuk...
Dan tempat aku hari kedua sudah mula diagihkan bubur lambuk kepada mayarakat taman.
Cara kami simple ajer..
Ada satu mamat tu memang terer buat bubur lambuk dan resepi bubur lambuk dia ini turun temurun. katanya ler...
Dan biasanya kalau kutipan tahun lepas agak kurang , dia offer untuk menambahkan perbelanjaan tersebut.
Dia ini memang bagus sebab kewanganny adi apun kuat so kalau yang kurang-kurang tu dia tambah ajer..kekekekke.
Bubur dia ini kita panggil Bubur Masjid Kapitan ..alah mamak style ler..hehehehehehe.
Kau jangan tanya aku apa resepinya kerana aku memang tahap malas nak memanaskan badan kat kawah tu...
Aku tolong pun sebab rumah aku dengan pusat pengagihan sangat dekat, kalau aku tak jenguk sure kena kutuk punya..hehehehe.
Itu dinamakan tolong tengok ajer.....hahahahahaha.
Ramai kakitangan yang tolong kalau aku tolong menambahkan sesak kat khemah yang kecik tu....
Biasanya kalau dah masak , mereka akan packing dalam polybag yang besar dan kemudian susun atas meja. Sesiapa yang nak ambil sahaja..
Bila bercerita tentang bubur lambuk ini, biasanya ianya percuma dan jika ada insan yang ingin menderma dialu-alukan.
Wang itu akan digunakan pada tahun hadapan untuk menyediakan bubur lambuk.
Ada juga aku lihat yang kurang malu ...ambil sampai empat bungkus tapi derma walau singgit pun tak der...
Macam-macam ragam manusia kau lihat ketika pengagihan bubur lambuk ini..
Tapi sudah niat nak menderma so kita lihat sahaja ler ragam manusia ini.
Kalau marah habis pahala kau lak..kit afikirkan semua manusia mempunyai akal pikiran.
Pandai-pandailah pikir.....
Sebenarnya ada dua tempat kat taman aku ni ..Kat surau satu dan sekarang ini kat balairaya....
Balairaya puasa kedua dah buat dan kat surau hari Khamis ni baru start...
Gambar yang aku pun tak cantik sangat kan..
Sebenarnya aku nak ambil gambar angle baik punya ..time aku keluarkan Galaxy Note aku..
Budak-budak kampung aku kecoh lak..."Nip kau pakai Note yekk..."
Aku cepat-cepat ambil dan sorokkan balik...takut aku ter riak lak..hahahaha.
11 Ulasan
dulu selalu ajer..