Dipecat ponteng kerja selepas gambar bercuti dilihat di FB

Dipecat ponteng kerja selepas gambar bercuti dilihat di FB

ponteng

Seorang pegawai tempatan Filipina dipecat kerana ponteng kerja untuk pergi ke majlis perjumpaan rakan sekolah di sebuah pulau dan kemudian memuat naik gambar percutian itu di Facebook.

Pegawai Maklumat Wilayah, Maynardo Valdez menutup pejabatnya selama empat hari pada Julai tahun lalu untuk bersama bekas rakan kelasnya pergi bercuti di Pulau Boracay, kata majikannya, Agensi Maklumat Filipina.

Usaha pegawai untuk mencari Valdez tidak berhasil, tetapi majikannya akhirnya mengetahui mengenai percutian itu apabila melihat gambar di Internet.
Menurut surat pemecatannya bulan lalu, “Rahsia percutian ke Pulau Boracay didedahkan apabila gambarnya dilihat di laman rangkaian sosial.

“Gambar itu kemudian dicetak sebagai bahan bukti untuk kes ini.”

Agensi kerajaan yang hanya mendedahkan pemecatan itu minggu ini berkata, Valdez dipecat kerana “mengabaikan tugas, salah laku dan tidak jujur.”

Valdez tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan

Catat Ulasan

12 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
uishhhh sangat dasyat.. :( kena berjaga2 lepas ni di FB tu,,,hihihihi
Korn Ahmad berkata…
hais.. macam2... nak cuti aply je la leave kan sng
Cikrosecute berkata…
hahaha...siapa suruh up-load kat fb..kan pecah tembelang...
Noor Atikah Ramli berkata…
moral : jgn upload gmbar kt fb. hahahha
MalizaMah berkata…
haaa... kantoi sudah..
ermmm FB skrg bahaya ... link sana sini.
MalizaMah berkata…
haaa... kantoi sudah..
ermmm FB skrg bahaya ... link sana sini.
izla berkata…
pandai buat, pandai simpan lah!!
Unknown berkata…
bahaya fesbuk kan (^___^)
Tanpa Nama berkata…
tulah cari masalah sendiri..!
rAIHan berkata…
tak pandai sembunyi tangan..haha~
ish. Samapai macam tu sekali? Kalau nak bercuti pun mestilah kena bagitahu bos dulu.
Aimacomel berkata…
menyusahkan diri je, kan tak pasal2 kena buang kerja.. nk cuti apply jela leave bukan susah pun kan