Entri kali ini tentang si Tanggang.
Kenal kan Tanggang iaitu cerita Melayu tentang anak yang derhaka terhadapnya ibunya lalu disumpah menjadi batu.
Dan tempoh hari aku terbaca tentang si Tanggang moden di mana anaknya menghalaunya keluar dari rumah seperti yang dilakukannya terhadap ibunya 10 tahun dahulu!!
Zaman sekarang balasan tak perlu tunggu cucu cicit, Allah kasi cash sekarang ini. You buat salah u kena, tak perlu keturunan kau mengambil balasan kau seperti filem-filem Melayu 60an...hehehehe.
Perlukah kita simpati pada pakcik ini? Adakah kita berhak menghakimi perbuatan zalimnya 10 tahun yang lalu?
Kita sebagai manusia tak berhak menghakimi beliau tetapi kita boleh jadikan ini sebagai satu amaran dan pengajaran kepada kita....
Jom baca luahan pakcik ini.
“Sekarang baru saya sedar dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tidak perlu tunggu di akhirat,” kata Abdul Rahman Talib, 60, yang kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, di sini, selepas diabaikan isteri dan anaknya.
Kira-kira 10 tahun lalu, ibunya, Allahyarham Lijah Kasa menghuni rumah kebajikan sama selepas Abdul Rahman terlalu mengikut kehendak isteri dan membiarkan isterinya menghalau ibunya keluar dari rumah.
“Saya mengakui terlalu mengikut telunjuk isteri hingga mengabaikan ibu. Saya langsung tidak mengambil peduli nasib ibu dan hanya mengetahui arwah ditempatkan di sini (Rumah Sejahtera) selepas setahun arwah dihalau keluar dari rumah yang didiami bersama isteri di Bukit Kecil, dekat sini.
“Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang,” kata Abdul Rahman ketika ditemui.
Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
11 Ulasan