Entri kali ini pasal melancong lak. Semalam dalam pukul 10pm kami bergerak ke Trengganu. 2 biji bas yg pergi. Mula-mula kata lepas isyak...tup2 pukul 10pm. Satu kelemahan bila melibatkan rombongan kampung ialah jumlah kanak-kanak. Memang kecoh dengan suara budak-budak tapi nasib baik kanak-kanak kat bas aku kurang.
Tiba di Trengganu kul 5am...lepak kejap. Dalam kul 8am gerak dan singgah di Pasar Kepayang.
Kat sana beli benda rutin iaitu keropok. Punya lama lepak kat sana 3 jam!!! Akhirnya aku jadi mangsa ambil gambar..huhuhu.
Dalam kul 12pm gerak Masjid Kristal. Dari jsuh memang cantik..mcm bangunan kat Rusia penuh dengan kubah.
Malangnya aku lihat kristal kat masjid tu tak der maintenance sebab kristal tu sudah berlumut...kekekeke.
Mcm biasa juga 3 jam untuk round.. Lepas tu kami balik ke hotel. Bdn aku dah bau mcm nangka dah...hehehe.
Masa di hotel pembahagian bilik pun berlaku. Aku nak sama mama aku!!!!!! So aku menggunakan Teknik bodekan tahap 7 dipanggil Teknik Meroyan. Akhirnya aku dpt sebilik sama my mama. Gediknya....
Malamnya selepas isyak pergi mkn... Gaya pelancong kena makan seafood. Pekena ikan siakap,sotong dan mcm2 lagi. Tapi tergezut gak siakap murah kat Trengganu. Sekilo RM6..percaya tak. Aku cadang kau mkn kat Tenang Seafood di Pantai Buruk.

3 Ulasan
nnt jgn lupa uat entri yg menarik tau pasal terengganu.
Pasar Payang , bukan Pasar Kepayang . HEHEEH