Sejak kebelakangan ini aku nampak Indonesia semakin ketat dalam pengukuhan undang-undang syariah.
Nampak perbezaan yang ketara kalau kau ikuti perkembangan Indonesia ini.
Baguslah ....
Kementerian Komunikasi dan Penerangan giat melakukan penyekatan laman pornografi dalam talian sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini di seluruh Indonesia.
Menterinya, Tifatul Sembiring berkata, lebih sejuta laman web lucah dari luar negara berjaya disekat dan jumlah itu dijangka meningkat sebelum Ramadan ini.
“Penyekatan ini akan dilakukan berterusan dan bukan hanya menjelang bulan Ramadan sahaja,” katanya.
Beliau berkata, kerjasama orang ramai amat diperlukan dalam penyaluran maklumat terhadap laman web yang mengandungi unsur-unsur lucah.
Parti Keadilan Sejahtera (PKS) mendedahkan, terdapat lebih dua bilion laman web tersebar di negara itu.
0 Ulasan