Hari ini entri pasal isteri aku.
Bukan sebab isu pasal dia suka bershopping dan tiap-tiap tahun habiskan
duit beli handbag,,,
Bukan sebab isteriku penyebab membuat berat badan aku semakin naik..
Bukan sebab aku ada buat hal kerana setahu aku aku tak der buat apa-apa
yang nakal pun...hehehehehe
Aku setia........
Tapi hari ini ialah hari gembira untuk isteri aku kerana ia naik pangkat.
Tahniah untuk isteri aku kerana telah dikurniakan kenaikan pangkat oleh
syarikatnya.
Kenaikan pangkat biasanya akan datang dengan tanggungjawab yang lebih besar.
So bersedialah menerima cabaran baru dalam mengaplikasi tanggungjawab
baru ini.
Kenaikan pangkat juga berkisar tentang kenaikan gaji. Walau pun kenaikan
tidak seberapa namun ia tetap juga kenaikan. Betul tak?
Patutkah aku tumpang gembira sekali...hehehehehehe.
Kenaikan pangkat juga bermakna syarikat memberi kepercayaan terhadap
isteriku.
So gunakanlah kepercayaan itu sebaik-baik mungkin....
Jangan membodek ajer tapi disulam dengan skill kerja.hahahhaha.
Tapi aku percaya membodek dan skill haruslah seiring... itu pendapat aku
ler..
Nak minta belanja, sudah dibelanja makan tempoh hari. Terima kasih
kerana belanja abang makan Ayam Penyek.
Memang cukup sedap...hehehehe.
Tahniah Untuk Mu Isteriku..
16 Ulasan
saya tumpang gembira je, nak tumpang ayam penyet x dapat
hiiii.... syukur, rezeki yang diberi.
huuuu... main tinggi pangkat, makin besar tanggungjwb, beban makin byk.....
tahniah....
tepuk tgn sket...
:)