Semalam aku dan wife aku menonton opening cerita Batman yang terbaru Dark Knight Rises.
Macam biasa dapat tempat duduk hadapan ler..janji boleh tengok,,,,hehehhehehe.
Kalau nak faham cerita ini aku rasa kau perlu tengok betul-betul Episod 1 Batman masa dia mula-mula join dengan League Of Shadow dan belajar kungfu dengan cikgunya. Hinggalah ia membunuh cikgu dia. Kalau dah faham, dah boleh meneruskan menonton cerita ini.
Tetapi kamu juga harus faham episod 2 Batman dimana makwe dia mati dan watak Harvey Dent yang menyebabkan beliau disalahkan oleh orang ramai sebagai pembunuh Harvey.
Kalau dah faham, anda dibenarkan menonton cerita ini Batman terbaru ini...hehehehehehehe.
Aku secara rasminya memberikan cerita ini ranking 4.5/5. Memang best cerita ini!!
Sinopsisnya Dark Knight Rises bermula Batman hero kita Bruce Wayne telah menyembunyikan diri selama 8 tahun selepas kematian teman wanitanya itu. Pada masa yang sama juga Gotham City dalam keadaan aman damai dimana semua penjahat telah ditangkap melalui Akta Dent. So Batman tidak diperlukan, lagipun pada masa itu Batman telah dicop sebagai penjenayah atas kematian Harvey Dent.
Nak dijadikan cerita, pada masa itu terdapat komplot yang diketuai oleh Bane iaitu salah seorang ahli League Of Shadow merancang untuk menawan bandar Gotham serta meletupkannya.
Bane ini memang cukup kuat hinggakan Batman berjaya dikalahkan oleh Bane hingga di tawan dipenjara bawah tanah yang dahsyat...
Iskkk..kasihan aku tengok Batman kena pukul..mahu leleh air mata aku. Hero kesayangan aku kena pukul....!!!
Pada masa yang sama terdapat watak wanita yang cun tapi ia pencuri barang kemas. Bruce dengan awek itu bertemu ketika ia mencuri rantai milik ibu Bruce.
Disebabkan itu Bruce sudah mula hendak keluar dari dunia persembunyiannya.
Bermulalah episod kejar mengejar secara gatal Bruce dengan awek pencuri itu....
Tapi malangnya awek tu juga yang menyebabkan Batman diperangkap oleh Bane hingga teruk Batman dikerjanya..
Tapi Batman tak marah malah meminta awek tu menolongnya, awek cantik katakan...hehehehehe.
Bersambung lagi,
Setelah Batman ditangkap, Bane telah meneruskan komplotnya dengan meletupkan semua jambatan keluar masuk ke Gotham City.
Semua pihak polis telah dikurung di dalam terowong dan semua penjahat telah dilepaskan oleh Bane dari penjara.
Pada masa tu anarki telah berlaku di Gotham...
Manakala orang kaya pula di hakimi dan dibunuh oleh Bane dengan memaksa mereka melalui sungai ais yang nipis...
Memang teruk ler keadaan Gotham pada masa tu...
Macam biasa tipikal filem-filem hero ini..."HERO MENANG LAST..hehehehehhe".
Akhirnya Bruce dapat melepaskan diri dari penjara yang terseksa itu...
Lalu dia pun mengambil tindakan menyelamatkan bandar kesayangannya....
Gaduh sini sana...at the end hero menang ler....
Yang bestnya dalam cerita ini Bruce Wayne mati!! Betul!! Bruce mati semasa nak letupkan bom nuklear penjahat tu.
Nak tahu lebih lanjut kena tengok macam mana Bruce Wayne mati atau benarkah dia betul-betul dah mati?
Dan sebelum dia mati dia dah serahkan gua dia pada seseorang menggantikan tempatnya.....Siapa orangnya!
Misteri......
8 Ulasan
tunggu hubby donload lah..hehe
selamat berpuasa hanif!!kim salam kat orang rumah
hero mana boleh mati!! hahaha
spiderman pun belum sempat nak tengok... ;'(
MMG DAHSYAT.
Memang layak kot..tu pendapat aku...