Biasalah bila dapat buah segar kena jaga baik-baik..hehehehheeh
Si Madonna ni sebenarnya terlupa dia dah tua, cuma tak mahu hadapi kenyataan. So nak balak pun yang bergetah punya......
Kepadatan jadual seninya tidak menghalang Madonna meluangkan masa berkualiti bersama kekasihnya, Brahim Zaibat yang juga penari latarnya.
Menurut sumber, penyanyi berusia 53 tahun itu telah menyewa seluruh panggung wayang di The Tuschinski, Holland, demi memastikan Zaibat dapat menonton dengan selesa, di samping dapat meluangkan lebih masa dengan tenang.
"Mereka kelihatan begitu intim dan Zaibat sentiasa memegang tangan Madonna. Malah Zaibat juga begitu teruja kerana dapat menonton wayang dan berehat-rehat selepas berakhir konsert jelajah kekasihnya itu," ungkap satu sumber terdekat pasangan itu.
Bagaimanapun, difahamkan, mereka tidak pergi menonton berdua, sebaliknya anak Madonna, Lourdes, pengurus, Guy Oseary dan ahli silap mata, David Bline turut bersama-sama ke panggung wayang tersebut.
Penyanyi yang popular dengan lagu Like A Virgin itu muncul dengan gaya yang santai dengan hanya berseluar denim serta padanan baju kardigan.
1 Ulasan