Madonna disaman isu lambang Nazi Jerman

Madonna disaman isu lambang Nazi Jerman

swastika
Parti politik berhaluan kanan Perancis, Barisan Nasional akan menyaman penyanyi terkenal, Madonna selepas video muziknya memaparkan terdapat simbol Nazi di wajah pemimpin parti itu, Marine Le Pen semasa konsertnya berlangsung di sini kelmarin.

Video yang disiarkan di sebuah skrin gergasi memaparkan wajah Madonna bersama beberapa tokoh terkemuka seperti Ketua Gereja Kristian Roman Katholik, Pope Benedict XVI dan bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Wajah Pen muncul beberapa saat dengan simbol Fasis dan diikuti seorang lelaki mirip pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

"Satu kes kerana menghina akan dikemukakan pada minggu depan," kata Naib Presiden parti Barisan Nasional, Florian Philippot.

Philippot menganggap imej-imej itu sebagai satu provokasi yang tidak boleh diterima kerana ia cuba menyamakan Pen yang memenangi 18 peratus undi pada pilihan raya Presiden Perancis pusingan pertama pada April lalu dengan fahaman fasis.

Catat Ulasan

6 Ulasan

dayteenlea berkata…
rebel sgt minah ni.eheh
Cikrosecute berkata…
Macam2lah Madonna nie...nak tarik perhatian...tak minat dia hihihi
amranaiman berkata…
sindir secara berhmah kah? ahha
abikwan berkata…
madona ni memang la saje je cari nahas.

cari publisiti mungkin.

aku ade video the Arrival, ko dah tengok ke?

nanti aku share video nye ya =)

...
you have comment on my post

http://www.blogger.com/comment.g?blogID=2846542689801722153&postID=7080274840588190272&isPopup=true

thanks!
...
Nour Adieb berkata…
Ish ish ish si Madonna
vendoline berkata…
macam la isu artis luar negara ni.searbut