Mercun Dan Safety First

Mercun Dan Safety First

mercun
Gempar tempoh hari  kerana seorang pemuda yang dah agak lewat umurnya telah mengalami kemalangan akibat mercun bola yang dimainkannya meletup bersama-sama 40 bungkusan mercun yang lain. Manakala anak jirannya bernama Tuah , pada malam itu tidak berapa tuah kerana ia terpelanting akibat letupan kuat tersebut. Anak jirannya mengalami kecederaan di muka dan mata.
Manakala pemuda itu akibat dari letupan tersebut,telah kehilangan mata kirinya.
Aku rasa dalam tahun ini, sudah 2  kes melibatkan mercun di dada berita tapi yang ini paling sadis.

Sebenarnya main mercun atau apa sahaja mesti ada SAFETY. Aku pun sebenarnya kurang faham bagaimana sumbu api mercun tu boleh terkena atau termasuk dalam bungkusan 40 biji mercun bola tu. Aku punya teori ialah dia bakar berdekatan dengan bungkusan tersebut dan percikan api tu terkena pada bungkusan tersebut  lalu berlakulah  letupan.
Teori aku ialah pemuda tersebut tak amalkan  KESELAMATAN...hahahahaha
Kesimpulannya  pada aku ialah mercun tu tak bersalah tapi cara ia mengendalikan mercun tu salah.

Dan disebabkan main mercun diharamkan oleh kerajaan maka apabila berlaku kejadian itu, mercun disalahkan.
Dan kemalangan tersebut tidak akan berlaku jika pemuda tersebut tidak memperolehi mercun tersebut.
Dan mercun tersebut mampu dibeli oleh pemuda tersebut adalah kerana longgarnya penguatkuasaan.
Longgarnya penguatkuasaan adalah kerana......
Merapu lak aku yek..hehehehehehehe.

Berbalik pada SAFETY pula, andai kan lah kita sebagai ibubapa yang baik dan mengawal anak kita jangan bermain mercun.
So kita belikan bunga api kerana pada pandangan kita bunga api tidak merbahaya. Bunga api yang budak-budak pegang sambil keluar percikan api...
Kalau dalam level mercun ianya kasta paling rendah sekali ler...hehehehehe
Tapi adakah bunga api tersebut selamat?
Pada pandangan mata kita ianya selamat kerana tiada letupan dan kanak-kanak tersebut hanya perlu pegang sahaja.
Tapi adakah ia berkemungkinan tercucuh pada badan seseorang akibat kelalaian anak anda begitu gembira menghayun-hayunkan bunga api tersebut.
Atau semasa ia  menghayun-hayun bunga api tersebut dan terpelanting ke mata seseorang??
Bolehkan....

Pendek kata apa jua sesuatu kerja  yang dibuat mesti amalkan  SAFETY...
Jika produk itu sememangnya berkualiti tapi yang menjalankannya tiada kualiti maka tiada gunanya.

Apatah lagi mercun Made In China yang kita main sekarang ini sememangnya  diragui kualitinya dan yang pemainnya pun tak der kualiti.
Inilah jadinya....hilang kaki, hilang jari, hilang mata dan macam-macam lagi.
Jangan main mercun dan Amalkan Keselamatan Di Tempat Kerja...heheheheheh.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Izwa Kamaruddin berkata…
takyah main mercun la..
Noor Atikah Ramli berkata…
main je yg pop pop tu . hihi
Reena Sidek berkata…
nak lagi safe.. tak yah main mercun lah... ;p
Mummy MM berkata…
tol tu.. main le mercun yg men lempar2 jew tu ke.. BTW, sya dh msuk'n awk kt blacklist sya.. hahah, gurau jew, bloglist lh.. http://angellovesoldier.blogspot.com/p/bloglist-saya.html
Jebat berkata…
jom msin mercun... ha ha
Nick Nashram berkata…
aq cadangkan kalo nak maen mercun jugak pakai penutup muka orang welding besi..konpem x cedera..amacam bro??hahaha