Entri kali ini tentang duit.....hehehehehehehe.
Ramai blogger bercerita tentang Nuffnang. Bagaimana lecehnya Nuffnang nak kasi duit dan terdapat pelbagai opsyen lain yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan uang selain Nuffnang.
Dan ramai juga tertanya-tanya tentang status Gillerati yang mereka tak dapat dan juga kenapa sukarnya mendapat BE ( Buffered Earning).
Panjang cerita nak cakap ni..
Tapi aku tengah rajin, so aku nak cerita jugak..hahahhahaha.
Sebenarnya Nuffnang ini antara semua syarikat pengiklan ianya adalah yang terbaik!!! Itu realiti sebenarnya..
Ramai blogger-blogger terkenal semuanya bernaung di bawah Nuffnang.
Gillerati
Status Gillerati bukannya gile adalah satu status yang diberikan oleh Nuffnang kepada blogger yang setia dan panggilan kepada ahli Gillerati ialah Nuffnanger.
Status Gillerati ini biasanya kalau anda sign in pasti automatik termaktud sebagai ahli Nuffnanger.
Tapi kadang-kala status ini hilang disebabkan hanya satu sahaja sebabnya iaitu anda meletakkan iklan dari syarikat lain...
Nuffnang tidak suka dimadukan...So kalau dia tahu anda letak pengiklan lain secara automatik gelaran Gillerati anda akan hilang.
Aku pernah setahun hilang status ini disebabkan aku meletak iklan Mangga.
Kalau anda hilang status Gillerati ini secara automatik janji mimpi nak dapatkan BE. Memang tak dapat punya!!! Dan segala keistimewaan sebagai Nuffnanger akan ditarik balik...
Tapi Nuffnang kasi juga ler iklan RM0.25 per-klik tu..hehehhehehe.
Bertahun kau nak tunggu penuhkan RM100...!!!
Tapi masalah ini boleh diatasi, buang semua iklan-iklan luar dan letakkan iklan Nuffnang. Kemudian ( PALING PENTING), hantar tiket kepada Nuffnang dan minta kembali status Gillerati anda. So aku jangkakan paling busuk pun dalam 1 minggu kau akan dapat kembali status kau..Ada awek tu nanti akan balas tiket kau dan beritahu dia akan check...
Duit oh Duit
Campaign
Ini adalah salah satu kempen yang diberi kepada anda. Per-klik dapat RM0.25 secara kasarnya. Ini biasa yang kamu akan dapat ler.
Kalau nak dapat RM100, iklan anda harus diklik sebanyak 400 kali!!! Tercungap kau!!!
Campaign ini adalah sebahagian daripada asas iklan.
Kau tak ler kaya kalau dapat campaign ini tapi at least ada juga kan.
Janji ada duit!!!
Buffered Earnings
Ini adalah salah satu kegilaan yang sering diimpikan oleh blogger. Aku kurang faham sangat tapi kalau kau dapat BE ini, paling-paling busuk pun RM30 setiap iklan pasti dalam tangan.
Apatah lagi kalau Click-through ratio ( CTR) anda melebihi 0.2% anda akan dapat tambahan uang.
Lagi lama sesuatu iklan BE tu bertapak kat blog hang lagi banyak duit masuk.
Aku secara peribadi pernah dapat satu BE sahaja RM70 sebab ia letak melebihi 2 minggu.
Bayangkan kadang-kadang dalam satu masa kau dapat 3 atau 4 BE serentak....orang kata lepas ler susu anak..heheheheheheh.
Tapi untuk dapatkan BE ini ada syaratnya ialah sehari unik traffic kau mesti 300 ke atas. Tapi ada juga yang dapat BE dengan trafiic yang rendah. Mungkin unik traffic dia secara peratusan tinggi kot.
Itu bergantung pada Nuffnang ler. Walau apa pun cuba usaha sehari dapatkan traffic 300 pageview UNIK.
Kalau boleh check kat Laman Nuffnang bahagian analitik kot.
Sponsored PostIni paling best sekali dimana anda diwakilkan membuat post untuk sesebuah syarikat atau produk!!!
Sebab tu kadang-kadang anda dengar seorang blogger tu sebulan mencecah riban-riban ringgit sebab yang ini ler!!
Dan kita seharusnya akur lagi tinggi RM maka lagi tinggi peraturan..
Nak dapat Sponsored Post ini kita harus memiliki 1000 unik pageview atau visitor!!!!
Baru kau layak dapat Sponsor Post..kalau tak jangan bermimpi di siang hari!!!hahahahhaha.
Sebab tu kadang-kadang ramai kata Nuffnang hanya layan blogger otai..kerana inilah.
Sebab blogger yang sedemikian sehari visitor adalah 5000 visitor ke atas.. so blogger itu merupakan produk Nuffnang...
Bisnis katakan.
Tapi ada juga cara-cara lain yang boleh kau dapatkan iklan dari Nuffnang iaitu sentiasa updated borang SURVEY kau. Nuffnang sentiasa ingatkan selalu updated survey form.
Kalau dari masa ke semasa blog kau berkembang updated ler dari sehari komen kau dapat 5 ke 20 komen sehari.
Kalau kau tengok kebanyakkan pembaca blog kau wanita maka updated ler peratus blogger kau perempuan.
Lebih kurang macam tu ler....
Pada dasarnya memang sukar mendapat tempat di Nuffnang sebab persaingan yang tinggi. Kalau tak salah aku 95% blogger semua guna khidmat Nuffnang. So agak ketat jugak nak dapatkan peluang. Tapi usaha harus ada kan. Selalu blogwalking ke blog-blog kawan-kawan anda dan mereka pasti melawat anda. Lama kelamaan traffic anda akan bertambah dan unik visitor pun makin kukuh.
Kalau tak dapat juga , hantar tiket kepada Nuffnang minta dan merayu kasi BE...
Kalau Nuffnang lihat anda layak, maka anda selayaknya dapat....
Tapi yang penting dalam dunia blog acap kali aku katakan, ialah minat utama kita ialah berkarya.. Kalau anda baru berblogging mantapkan dahulu disiplin blogging anda dan saya yakin uang itu akan mengalir ke poket anda dengan sendirinya.. Ewahhh!! mengalir uang ke poket.....aku dah 2 tahun tak mengalir-alir pun..hahahhahahaha.
12 Ulasan
yg penting kepuasan berblog adlah yg pling best..dpt uang tue..pendorong smgt je..
masih baru dengan nuffnang ni..