Perkhidmatan Sewa Kereta Kabel

Perkhidmatan Sewa Kereta Kabel

kereta kebal
Sebuah syarikat, Drive-a-Tank menawarkan kepada para pengunjung peluang mengendalikan kereta kebal tentera dan kenderaan perisai lain di sebuah kuari batu kapur di sini.

Para pengunjung itu turut dibenarkan untuk merempuh kereta lama seperti dalam filem Hollywood dengan menggunakan kereta kebal.

"Pengalaman memandu kereta kebal sungguh hebat," kata seorang pemuda berusia 19 tahun dari Connecticut selepas dia menggelek sebuah kereta dengan kereta kebal yang dipandunya pada minggu lalu.

Pemilik syarikat tersebut, Tony Borglum yang merupakan seorang kontraktor peralatan berat membuka perniagaan itu tiga tahun lalu selepas melihat perniagaan yang sama ketika melawat England.

Dia membeli sebanyak 11 kereta kebal era Perang Dingin untuk disewa oleh orang ramai di kawasan seluas 8 hektar di sini, 80 kilometer ke barat daya Minneapolis, Amerika Syarikat.

Pakej asas Drive-a-Tank berharga AS$399 (RM1,270) termasuk memandu sebuah kereta kebal dan menembak mesingan.

Para pengunjung yang mahu meremukkan sebuah kereta perlu membayar caj tambahan sebanyak AS$549 (RM1,748).

Bayaran sekitar AS$3,500 (RM11,145) dikenakan jika mereka memandu kereta kebal untuk merempuh sebuah rumah treler

Catat Ulasan

5 Ulasan

Korn Ahmad berkata…
pakej kereta kebal nak remukkan kereta kebal ade x? nak try la.. haha
Unknown berkata…
ni gunanya ada kereta kebal. kalo nak musnahkan keta org, boleh je. hehe, :P takdelah..main2 .. have a nice day!
Cikrosecute berkata…
Perkhimatan kereta kebal pun ada hehehe
Unknown berkata…
ingatkan duit tu untuk beli keta je.. rupanya ada jugak org yg guna duit utk merosakkan keta..

jangan addict sampai ke dunia sebenar sudahlah.. :)

awesome gak.. huhu
amranaiman berkata…
huhu menarik ni.. bile leh bawak ni haha :D buat kat msia sempoi gak