Politik Dan Puasa

Politik Dan Puasa

politik

Sebuah entri yang cukup serius..
Mesti kau bosan nak baca punya tapi hati aku nak juga tulis...huhuhu..
Sesekali membaca entri serius boleh kan...sekadar pendapat dan mengingatkan..

Bulan Ramadhan adalah bulan menahan diri dari unsur-unsur negatif samada dari hati , mulut atau mata mahupun fizikal.
Namun apabila kita berbicara tentang politik, semuanya ditolak tepi.
Yang penting kerakusan berbicara untuk menegakkan pendirian politik masing-masing di dengari.

Inilah yang berlaku apabila saya menjelajah blogger-blogger politik ini seperti Papagomo atu Medan Info. Selain itu terdapat beberapa blogger politik yang saya cadangkan anda jenguk seperti Perigi Timur atau Semut Hitam. Sebenarnya saya berminat dalam mendengar hujahan dan tujahan mereka samada dari Parti Perikatan mahupun Pakatan Rakyat. Kedua-dua mempunyai idea-idea bernas yang saya rasakan tidak mampu untuk menyaingi kepatahan mereka menulis.

Melalui pembacaan saya, ujudnya satu tanda tanya yang misteri dari mana mereka memperolehi maklumat yang sedemikan. Kepelikan ini bercambah dari kata hati ini adakah segala tohmahan ini benar atau tidak. Tapi bila dibaca berulang kali.. aaaahh!!! terasa benarnya pula. Adakah kerana penggunaan ayat yang tegas oleh penulis sehingga aku merasakan kebenarannya.
Pedulikan itu semua!!

Yang saya ingin huraikan ialah adakah wajar dalam  bulan yang mulia ini kita saling cantas-mencantas antara satu sama lain.
Adakah kepentingan politik melebihi bulan yang mulia ini. Hingga aku membaca entri mereka terdapat amukan dan sindiran yang pedas.
Tidak bolehkan selama sebulan mereka semua ( para blogger politik) mendiamkan diri mereka seketika setelah selama 11 bulan menyakitkan hati pihak lain.

Adakah kerana tanggungjawab mereka terhadap majikan mereka menyebabkan mereka terus berkarya dan mencemuh parti lain yang tidak sealiran dengan mereka.
Seorang insan harus lah bertanggungjawab dalam kerjanya..itu nilai-nilai murni dalam jiwa seorang insan.
Tanggungjawab dalam kerja untuk mendapatkan pendapatan ringgit yang halal.....
Apa nak dikatakan, bidang kerja mereka sedemikian , mahu tak mahu terpaksa diteruskan jua walau pada bulan yang mulia ini.

Tanggungjawab politik dan tanggungjawab agama dan tanggungjawab kerja mana yang harus di dahulukan..
Fikirlah sendiri!!!

Sebab tu aku tak mahu menjadi blogger politik walau pun aku ijazah majoring dalam Sains Politik.
Takut mencipta musuh sepanjang zaman dan paling takut berlakunya fitnah pada sesama manusia.
Dan takut menjadi lalang!!!

Ada beberapa bidang kerja yang menyebabkan kita berterusan mencipta dosa atau pahala.
Semuanya terpulang pada kita.....memilih jalan yang benar pada kita.
Iaitu ahli politik , peguam/hakim ,ulama, penguatkuasa,.
Mereka semua adalah penjalan undang-undang dan pemimpin masyarakat.
Jika anda dalam kategori sedemikan maka berhati-hatilah agar tidak terpesong jauh.

Inilah nasihat saya, sekali terjebak ke arah yang salah..maka selama-lamanya bergemulang dengan dosa.
Sekali terjebak ke arah kejujuran , maka anda adalah sebaik-baik manusia...  tangkis godaan yang amat kuat..

Catat Ulasan

5 Ulasan

Reena Sidek berkata…
kalau boleh politik dan agama yg jgn di campurkan adukkan... kadang2 sedih tengok umat yg seagama bergadoh sbb politik... huhuhu
Izwa Kamaruddin berkata…
tak baca blog politik...
Momo berkata…
mulut manusia tak akan pernah berhenti berbicara..:)
izla berkata…
ooo baru tau hanif ijazah sains politik.powerlah bro!!!
Noor Atikah Ramli berkata…
penah sekali je ika tgk blog politik. pastu taknak tgk dh. hahaha