Bulan puasa ini adalah bulan kemuliaan dan bulan rezeki pada semua insan didunia ini.
Bulan dimana kita mengambil kesempatan beribadat sebaik yang mungkin.
Peniaga-peniaga mengambil kesempatan menambah pendapatan dengan berniaga di bazar-bazar Ramadhan.
Dan aku pula mengambil kesempatan berbuka puasa dengan semua supplier jabatan aku yang bermurah hati hendak belanja kami berbuka puasa.
Jadual makan aku memang cukup ketat pabila bermula bulan August ini.
Pada 4/8, 7/8 , 10/8, 14/8 itulah jadual terkini aku berbuka puasa di hotel-hotel pilihan kami...hahahahaha.
Sampai timbul masalah tak der hotel yang nak di booking berdekatan dengan tempat kerja kami....
Inilah rezeki bulan puasa untuk kami tiap-tiap tahun.
Syukur Alhamdulilah kerana di bulan mulia ini tak lengkang kami di jamukan rezeki Makan....kekekekeke.
So rasanya persoalan aku telah telah dijawab iaitu bulan puasa adalah bulan yang terbaik untuk aku diet, nampaknya memang gagal !!!
8 Ulasan