Teka teki wanita misteri yang sering berdamping dengan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un terjawab apabila media tempatan mengesahkan wanita itu adalah isterinya.
Pengesahan itu di buat selepas laporan media merujuk beliau menghadiri satu majlis pembukaan taman hiburan dengan isterinya “Komrad Ri Sol-Ju”.
Ri Sol-Ju merupakan bekas penyanyi yang sebelum ini sering dilihat bersama pemimpin itu dalam beberapa majlis keraian.
Sebelum ini, media tempatan gagal mengenal pasti identiti dan kaitan wanita berusia lewat 20-an itu bersama Jong-Un.
Jong-Un mengambil alih kepimpinan negara itu ekoran kematian bapanya, Kim Jong-il Disember lalu.
Laporan lapan minit radio Korea Utara, yang menyebut nama Sol-Ju disiarkan pada jam 8 malam kelmarin.
Awal semalam, Menteri Penyatuan Korea Selatan, Yu Woo- Ik berkata: “Pada penilaian saya dia kelihatan isteri beliau
1 Ulasan