Selamat Pengantin Baru Faizal Dan Nurul

Selamat Pengantin Baru Faizal Dan Nurul

Hari ini entri pasal kahwin-kahwin dan fotografi.
Semalam di kampung aku ada kerja kahwin member lama. So dia request aku amik gambar perkahwinannya.
Aku no problem sebab memang hobi aku. Tapi penat memang tak boleh kata..dari kul 11am sampai kul 5pm aku mengetik gambar.
Paling best masa amik gambar outdoor kat Masjid Selat. Macam-macam ragam aku suruh posing.
Mula-mula kedua-dua pengantin malu...so aku sound. Aku kata, masa bercinta pandai lak pegang-pegang, dah sah pun malu...tapi dgn gaya lawak aku ler...
Kau tahu apa yang jadi....dia org yg lebih-lebih. Aku kata kat perempuan tu tangan letak kat dada si laki dia. Bukan tangan sahaja tapi dengan muka-muka dia sandar kat dada laki dia.
Lantak kau ler...hehehe. Janji gambar tu cun. Mungkin dia orang dah sedar kot atas motivasi aku..hahaha.
Nak gaya tak susah sebab aku awal2 dah download semua aksi pengantin bergambar dalam handphone aku. Aku amik dari FB...hehehe.
Sebelum amik aku tunjuk kat dia orang pilih mana aksi yg kau orang nak. Senang...aku cuma perlu improve sikit ajer.
Banyak gak gambar outdoor aku amik.Cuma satu ajer aku tak amik. Gambar lalang dengan pengantin. Tempat lalang tinggi dah jumpa tapi aku takut kang mlm gatal-gatal badan dia orang...hahaha. Padahal acara lalang dan pengantin aku tengok semua fotografer amik macam wajib...
Aku tak ler tunjuk sebab gambar belum edit. Nanti lepas edit dan dpt payment aku masukkan yek. Gambar kat bawah tu pun aku pakai handphone aku.hehehe.
Kawan-kawan juga..penat dan upah edit dan buat album kena bayar.... Betul tak?
Ini soal profesional....kekekeke.
Selamat pengantin baru Nurul dan Faizal.
Mana tahu kalau confindent level dah tinggi...aku dah boleh amik job jadi wedding fotografer. Mulalah aku start nak berangan...hemmmmm


Catat Ulasan

0 Ulasan