Telefon bimbit mengatasi populariti komputer untuk mendapatkan sambungan Internet di China, kata Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC) , semalam.
Badan itu juga mengumumkan, pengguna laman sesawang di China mencecah 538 juta orang.
China adalah negara memiliki populasi dalam talian terbesar di dunia dengan hampir empat daripada 10 orang penduduknya menggunakan laman sesawang. Sebelum ini, kata CNNIC, sebahagian besar penduduk China menggunakan komputer untuk melayari Internet.
Bagaimanapun, kata agensi itu, hampir 52 peratus pengguna yang mula melayari Internet tahun ini datang dari kawasan luar bandar.
“Telefon bimbit juga lebih murah dan mudah,” kata agensi berkenaan
2 Ulasan