Suu Kyi akan terima pingat Kongres AS

Suu Kyi akan terima pingat Kongres AS

Amerika Syarikat (AS) akan menganugerahkan pemimpin parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi anugerah tertinggi, Pingat Emas Kongres pada 19 September depan sempena lawatan beliau ke negara itu. Ia adalah lawatan pertama Suu Kyi, 67, ke AS sejak beliau dibebaskan dari tahanan rumah pada November 2010.

Difahamkan, Kongres berhasrat untuk memberikan pingat itu sebagai menghargai perjuangan beliau untuk menuntut pemerintahan bercorak demokrasi di Myanmar.

Susulan daripada beberapa pembaharuan berjaya dilaksanakan di bawah pemerintahan Presiden Thein Sein, AS turut bersetuju untuk menggantung sekatan pelaburan yang telah dikenakan ke atas negara itu sejak 15 tahun lalu.

Catat Ulasan

0 Ulasan