Tensionnya Mengedit Gambar Perkahwinan

Tensionnya Mengedit Gambar Perkahwinan

kahwin

Maaf banyak-banyak pada semua kerana untuk seminggu dua ini aku kurang sikit blogwalking sebab sibuk mengedit gambar perkahwinan baru-baru ini.
Dan ianya memang susah sangat untuk aku.

Tempoh hari aku ada buat entri berkenaan Photo Pos Pro  iaitu satu aplikasi percuma untuk mengedit gambar. Memang ampuh editor aplikasi ini tapi tak ler sehebat Adobe PhotoShop Element 10. Itu orang-orang advance yang pakai aplikasi sebegitu tapi boleh belajar perlahan-lahan.

Pendapat aku bagaimana hebat pun aplikasi sesuatu software untuk mengedit gambar tu ujud namun akhirnya ia akan pergi ke satu arah iaitu kreativiti anda.
Dari mula kau suruh pengantin tu posing dengan gaya-gaya tertentu hingga ke bahagian edit  gambar semuanya memerlukan kreativiti.
Bukan senang rupanya menjadi wedding photographer ini. Serius!!!

Semua orang boleh mengetik gambar tapi adakah semua orang mampu mengambil sudut gambar yang baik. Jangan kita fikirkan tentang aperture, shutter speed atau ISO, itu wajib sebagai ilmu yang ada untuk seorang photographer. 
Semua orang boleh mengedit gambar tapi adakah anda mampu menyusun gambar dengan kemas serta bermain dengan background yang kemas. Jangan kita fikir tentang kemahiran kau tentang aplikasi sesuatu software, itu wajib kau kena belajar kalau nak pakai sesuatu software.

So kau ada kamera yang baik serta ilmu kamera yang baik serta mempunyai ilmu menggunakan software editing yang baik. Namun anda tetap gagal jika kamu tiada mempunyai skil dalam kreativiti!!! Sure..sure... Memang gambar tu jadi tapi  macam tak cukup baik ajer..hehehehhehe.
Macam berlaku kepada aku sekarang...bila banding gambar editing aku dengan gambar-gambar perkahwinan yang lain, rasanya macam tak best ajer !!!
Apa yang kita nak tak dapat!!!

Semalam nak dekat 3 jam aku pandang komputer depan mata aku..No idea apa nak buat!!!
Berjaya buat satu gambar sahaja tapi bila lihat contrast macam kurang ajer.
Kalau letak frame kang macam menyemakkan gambar ajer...
Kusut kepala aku!!!
 
Dan satu lagi masalahnya aku ni jenis suka gambar-gambar yang abstrak macam amik gambar air menitik atau gambar bunga. Kalau amik gambar pengantin aku suka ambil tangan dia yang pegang bunga atau corak-corak tangan pengantin tu. Bila bab potrait atau model aku agak slow sikit kot. Jiwa aku  ini lebih kepada benda-benda abstrak ini...

Sekarang ini aku tengah kumpul sample-sample gambar yang ada dan nak buat perbandingan.
Inilah kalau kurangnya kreativiti..
Kalau aku kreatif dah lama blog aku ada header lawa-lawa...hahahahhahaa.
Aku ni jenis tangan keras bukan orang tangan lembut punya....hahahhaha.

By the way, macam orang putih kata " Kegagalan Itu Sebenarnya Hanya Satu Kejayaan Tertunda"
Maksudnya terus mencuba dan mencuba....( cakap senang kan cubalah kau buat).

Catat Ulasan

13 Ulasan

Shaiful Zaidi berkata…
bagai pinang dibelah dua...
rAIHan berkata…
kerja rumit. tp bila dah nampak hasilnya. mesti rasa berbaloi. good luck!
miloaiskurangmanis berkata…
ye - kena ada kretiviti yang tinggi bila nak edit gambo ni
baru lah gambo jadik lebih menarik - nampak hidup!

but iols - keras tangan satu hal
not so kreatif plak tu!
Tanpa Nama berkata…
betul tu.. sebab tu syieda xnak biarkan diri minat dalam editing ni. kang asik nak mengedit je. hihihi bile ade yang xkene, tension.. hihihihi :)
izla berkata…
saya pon mcm hanif. suka tengok gambar2 abstrak.
kalau wedding album tu, taknak la asyik tengok pengantin posing sana posing sini. sesekali selitkan gambar sudu masa derang tengah makan, atau gambar kasut, atau gambar butang baju..
lagi menarik kan
Korn Ahmad berkata…
alamak kenapa gambar nye kecik sgt ni bro... x puan aku nak tgk...
*sori ye kalo penggunaan 'aku' agak keterlaluan bg hanif
Noor Atikah Ramli berkata…
skrg cs6 sesuai utk photographer edit gmbr.tp tu pon kalau rajin nk godek2 cs6 tu. member ika pakai cs6 la edit gmbr kawen.hikhik
MalizaMah berkata…
edit gambar utk suka2 ok...
kalau sebaliknya.
maut.!
THE AUTHOR berkata…
Dah siap nanti aku letak besau2 punya..gambar kecik sebab blum ada confindent level..hahahhaha.
Aku tak kisah bro..sebab aku pun guna aku.
Aku lebih mesra tak formal sangat ler...
Abg2 ni rasa macam formal lak..hahahha DAN RASA TUA..
Unknown berkata…
edit memang memerlukan satu tahap pemfokusan yang tinggi kan... tapi hasilnya ubat segala kepenatan (^___^)
Aimacomel berkata…
buat apa-apa benda pun kena fokus, then tak leh putus asa kan?kan? tapi saya ni selalu menyerah pada keadaan, sebab diri tak kuat ;(
Unknown berkata…
betul tu, the only limit is our creativiti.. :)

abg hanif, aktifkan mobile tmplate utk blog abg hanif.. sy bookmark blog ni supaya senang nak tngok2, tpi bookmark dalam hp je.. :)
Cikrosecute berkata…
Rajinnya hanif...good luck.belajar sedikit demi sedikit ya...cantik pasangan tue..