Tertinggal anak dalam kereta

Tertinggal anak dalam kereta

anak
Seorang bapa ditahan kerana didakwa meninggalkan anak lelakinya yang berusia dua tahun kepanasan dalam kereta yang diparkir di luar pejabatnya.

Kenneth Robinson, 31, memberitahu polis tumpuannya terganggu Isnin lalu dan terus memandu ke tempat kerja tanpa menghantar anaknya ke pusat bimbingan terlebih dulu. Mangsa diletakkan di tempat duduk belakang dalam kereta di London di sini pada suhu 100 darjah. Seorang daripada rakan sepejabat Robinson menyedari kanak-kanak itu dibiarkan lebih dua jam sebelum menghubungi polis kemudiannya. “Saya perlukan bantuan kecemasan di syarikat Patton-Chestnut dan Binder sekarang. Seorang kanak-kanak ditinggalkan dalam kereta,” kata rakan sepejabatnya itu.


Saksi berkata, kanak-kanak itu kelihatan cemas di tempat duduk belakang dengan wajah kemerahan sebelum dikejarkan ke hospital. Robinson memberitahu polis kejadian itu adalah satu kesilapan. Kejadian itu bukan perkara luar biasa ketika musim panas. Seramai 33 kanak-kanak mati akibat hipotemia di Amerika Syarikat tahun lalu selepas ditinggalkan dalam kenderaan. Enam kanak-kanak maut pada tahun ini

Catat Ulasan

0 Ulasan