Entri kali ini pasal tong gas...
Pada 16.070.2012 selepas balik dari kerja aku memang plan nak beli tong gas rumah aku yang dah habis.
Sampai rumah aku pun cabut plug gas tu, tapi pin di tong gas tu tak eject balik malah mengeluarkan bunyi iaitu gas terus keluar dari tong gas tersebut.
Dah berbau satu rumah ..adusss...
Bau gas ini macam bau ikan sardin ajer....hehehehhehe
Aku cepat-cepat bawa keluar tong gas tersebut letak depan rumah sebab gas ini kalau tempat tertutup bahaya kerana aku boleh pengsan dan juga boleh menyebabkan letupan.
Kalau aku pengsan tak terlarat bini aku nak angkut aku ...hahahhaha
Lepas letak tong gas depan rumah, aku basahkan kain dan lekapkan kat muncung tong gas yang mengeluarkan gas tersebut.
Sementara nak tunggu tong gas aku ni habis keluarkan gas, aku kata kat wife aku kita makan dulu.
Perut pun dah berkeroncong sebab tenaga sudah digunakan mengangkat tong gas tersebut..kekekekkke.
Tong tu aku tinggalkan kat depan rumah sebab pada fikiran aku takkan lama sangat dengan tong gas yang kosong tu.
So aku pun meninggalkan tong gas tu yang disalut kain basah dan pergi makan.
Sampai kat kedai makan, masa tunggu order makanan.
Jiran aku call beritahu jiran sebelah dah komplen gas dah bau sampai masuk rumah mereka.
Aku cepat-cepat balik dan lihat jiran sebelah aku yang pengotor tu sedang tembak air tong gas aku.
Fulamak, tong gas aku kena mandi bunga....
Aku turun dari kereta dan minta maaf.
Mula-mula dia bising juga tapi aku dah jelaskan bahawa pada fikiran takkan tong gas yang kosong tu tak habis-habis keluar gas lagi.
So aku dan jiran aku pun bawa tong gas tersebut ke padang depan rumah.
Letak di ruang yang lebih luas lagi...
Aku minta maaf banyak-banyak pada jiran aku.
Aku tahu tindakan aku ni sangat bahaya kerana kuantiti gas yang dikeluarkan tu agak banyak dan jika terdapat pemangkin api, mungkin hal yang lebih buruk akan berlaku.
Suwey betul...tong gas tu. Belum pernah dalam sejarah hidup aku alami perkara macam ini.
Tapi yang baiknya, aku dan jiran pengotor aku dah mula berbual dengan mesra..hehehehehe ( klik sini kisah jiran pengotor).
Selepas makan, malam tu juga aku hantar tong gas tu ke kedai dan beli tong gas baru.
Sampai rumah aku pun pasang balik plug gas kat tong gas sambil aku menggunakan buih sabun yang tebal nak check kalau ada kebocoron.
Nak dijadikan hal, plug gas aku pun bocor juga keluarkan buih-buih kecil yang amat perlahan sekali.
Pada pengalaman aku , kalau keluar sikit -sikit tak per tapi pasal dah fobia aku pun kata kat wife aku tak perlu pakai.
17.07.2012 - Semalam dah beli plug gas ..tak mahal bawah RM50. Yang malunya mak mentua aku tanya, aku tahu pasang tak plug insert dengan hose dia. Pehh!! tercabar kelelakian aku yang abadi..hehehhee. Ini memang salah aku pun sebab aku kalau kat rumah mak mentua ku memang menantu paling malas. Terbaring ajer dan makan..lepas tu terbaring ..makan.
10 tahun aku kahwin, walaupun rumah mak mentua aku kebun manggis, rambutan atau durian, aku belum penah merajinkan diri kutip buah kat sana...ehhehehehe. Malas aku kan..
Ok..aku melaluk lagi....biasalah pagi-pagi ini buat sambungan entri...
So lepas beli aku pasanglah dengan jayanya, letak buih tak keluar gas....Cantik!!!
Masa untuk memasak air........!!! Aku pun menyalakan dapur gas aku, tak nyala-nyala api dia. So aku cuba nyalakan dapur sebelah dia..Ok lak.
Emmm....dapur gas rosak pula.
Aku punya sakit hati memang tak dapat di bendung lagi.....Akhir lengkaplah semua kelengkapan dapur gas dengan tong gas dan dengan hose gas kena tukau.....
Sementara ini pakai sebelah ajer...hehehehehee.
22 Ulasan
pakai kayu api.hahaha
bako je
alhamdulliah dh ok skrg.
nasib baik mengaku siap2 menantu paling malas.
hati2 lain kali....
terbaikk
bace smpai habis, nice entry
finally semua tukar yang baru keh keh keh.. rasa mcam lwak pulak jiran pengotor tu..
nasib la tak berlaku apa.
agak nye dah lama sgt kot paip nya?
MG punya dapo pun ade bau2 gas tp mebe slamber je guna tuha..ermm...