Trustwave, penyedia terkemuka rumusan keselamatan pematuhan dan maklumat berasaskan awan, hari ini mengumumkan yang sumber terbuka popular ModSecurity® Web Application Firewall kini menyokong tiga platform server atau pelayan web, termasuk sokongan baharu untuk Perkhidmatan Maklumat Internet (IIS) dan Nginx Microsoft.
Ini ialah tambahan kepada sokongan sedia ada untuk server-server Apache Web, katanya dalam satu kenyataan.
Trustwave bekerjasama dengan Pusat Respons Keselamatan Microsoft (MSRC) untuk mengembangkan langkauan ModSecurity ke Microsoft IIS.
Aplikasi web atau sesawang membolehkan syarikat menggunakan kuasa Internet untuk mengendalikan perniagaan dan bersaling muka dengan pasaran yang lebih luas serta menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan dan rakan niaga mereka.
Dengan bertambahnya penggunaan ini, para penyerang mensasarkan aplikasi web ini untuk memecah ke dalam teras pertubuhan dan mendapat akses ke maklumat utamanya.
ModSecurity ialah aplikasi "firewall" sumber terbuka yang terus dimajukan dan diuruskan oleh SpiderLabs, pasukan keselamatan tercanggih Trustwave.
Teknologi sumber terbuka ini menguatkuasakan dasar keselamatan kepada transaksi web, sekali gus mengurangkan risiko serangan berasaskan web. Sebagai teknologi sumber terbuka, pengguna dan pemaju menyumbang kepada komuniti untuk membantu mengekalkan rumusan yang melindungi aplikasi web
0 Ulasan