Wangian Wanita Adalah Tarikan Ghairah

Wangian Wanita Adalah Tarikan Ghairah

hanif
Sempena bulan puasa ini nak cerita tentang wangian
Terbaca tentang wangian wanita hari Ahad yang lalu sebagai satu senjata yang ampuh terhadap lelaki.
Satu artikel yang menarik dimana wangian ini didifinisikan sebagai satu tarikan seksual kepada lelaki.

Dalam realiti yang sebenar pula, kita ambil contoh aku seorang lelaki normal yang mempunyai hati dan nafsu
Bayangkan kalau seseorang perempuan itu wangi , serta merta aku akan menoleh melihat siapakah gerangan wanita yang wangi itu.
Apatah lagi sekarang produk minyak wangi yang  ada di pasaran sekarang ada pelbagai bau dan kalau kena dengan hidung kau, pasti kau terpikat punya ler.
Ini pernah dan kerap terjadi pada aku.

Bercerita tentang wangi ini, wanita  ini mempunyai pelbagai wangi-wangian di tubuh mereka seperti:
a) Lipstik atau gloss pun wangi
b) Penyembur badan pun wangi
c) Sapu ketiak pun wangi
d) Losyen badan pun wangi
e) Syampu rambut pun wangi
f) Make up muka pun wangi

Berapa banyak godaan wangian pada tubuh seorang wanita. Banyakkan?.
So aku serius ini, kalau kau nak menggoda sesuatu lelaki tu pakailah kesemua wangian seperti yang aku sebut di atas ini.
Wangian itu janganlah terlalu kuat hingga menyakitkan hidung kalau bau, secukup rasa dan lembut-lembut.
Ini wangian yang ada makna...hehehehehe.

Berhati-hatilah wanita, kadangkala penggunaan wangian yang berlebihan akan menyebabkan kamu dalam kategri tabarruj.
Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;
“Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian laki-laki bukan mahram.”
Nabi saw bersabda,
Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, berarti ia telah berzina.”[HR. Imam al-Nasaaiy]

Menurut Ibnu Abi Najih, wanita yang keluar rumah dengan memakai wangi-wangian termasuk dalam kategori tabarruj jahiliyyah. Oleh kerana itu, seorang wanita Mukminat dilarang keluar rumah atau berada di antara laki-laki dengan mengenakan wangian yang dominan baunya. Adapun sifat wangian bagi wanita Mukminat adalah tidak ketara baunya.

Wangian juga merupakan keperluan untuk wanita dalam satu-satu hal seperti menutup bau peluh. Kalau seseorang wanita itu tidak memakai wangian langsung pun tak boleh kerana ..( maaf) wanita kalau langsung tidak memakai wangian, lama-kelamaan ia akan menerbitkan bauan kurang enak dari tindak balas hormon dan lagi teruk kalau ia berpeluh kuat.
Ia perlu wangian untuk menutup bauan hasil tindakbalas hormon tersebut.

Oklah ...hari ini cerita tentang wangian-wangian melampau pada diri seorang wanita, keperluan wangian kepada wanita dan istilah tabarujj.





Catat Ulasan

8 Ulasan

UmmiSyarni berkata…
senangnya pompuan nak tambah dosa :(
kena jaga diri supaya tak busuk dah le.
Unknown berkata…
Hanif PPP ni jenis x pakai sume tu dulu masa muda2 layan la jugak la ni, dah masuk 40an sume tu dah x pakai (unless sepcial function) as for perfume ppp tak leh cium jadik pening... ha ha ha :P
Cik mama berkata…
kurang memakai minyak wangi, basuh baju guna soflan pun dah wangi.. hehehhe.
Nor Zilla Sensei berkata…
ngeeee, yg pakai minyak altar macam mne? hehe
kalau nak wangi sangat, wangi dgn suami jelah..
Reena Sidek berkata…
kadang2 jer pakai minyak wangi... tu pun bila teringat jer... hehe
Khairil berkata…
minyak wangi ni paling tak best kalau dari jauh lagi dah terbau.haha