Wanita umur 30 tahun 'tak laku'

Wanita umur 30 tahun 'tak laku'

andartu
Wanita bujang mencecah usia 30 tahun di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) dianggap 'tidak laku' kerana usia itu didakwa terlalu tua untuk berkahwin.

Ahli Majlis Kebangsaan Persekutuan (FNC), Said al- Kitbi berkata, statistik menunjukkan lebih 60 peratus wanita memilih untuk hidup membujang sehingga perkara itu menimbulkan kebimbangan.

Menurutnya, isu ini menjadi fokus perbincangan oleh badan khas perunding yang ditubuhkan oleh kerajaan.

"Jika masalah ini dibiarkan ia boleh menyumbang kepada masalah demografi yang serius," katanya.

Beliau berkata, kini terdapat lebih daripada 175,000 wanita UAE berusia lingkungan 30 tahun masih belum berkahwin

Catat Ulasan

2 Ulasan

Khairil berkata…
amboi.ramainya wanita yg membujang.lepas ni kalau nak cari jodoh mungkin boleh pergi ke UAE.haha
HUD AIKARA berkata…
memang ramai wanita sekarang yg tidak lagi cemas hidup tanpa lelaki lebih2 lagi bila mereka mendapati ramai lelaki tidak berkualiti untuk dijadikan pasangan. ini berlaku bila wanita itu berpendidikan tinggi, mandiri dan punyai sumber pendapatan yg mampu menampung hidup mereka.rata2 wanita tidak menolak perkahwinan tetapi zaman kini majoriti mereka bersikap berhati2. Jika ini terus berlaku memanglah situasi akan jadi merubah keseimbangan jantina di sesebuah negara.Kali ini percayalah wanita yg berusia dan tidak berkahwin ini tidak lagi menjadi ejekan lelaki tetapi pihak lelaki pula akan kerisauan sebab kesan jangka masa panjang mereka sukar mencari pasangan yang mahu dikahwini.