Anak saudara Yasser Arafat semalam berkata, bekas pemimpin Palestin itu terbunuh akibat racun radioaktif berbahaya - dikenali sebagai polonium - didalangi Israel.
Nasser al-Qidwa berkata, mereka yakin Yasser terbunuh akibat bahan berbahaya dan Israel mesti bertanggungjawab atas kejadian itu serta dibicarakan.
“Sejak kematian beliau, kami menyatakan dia dibunuh dengan racun tetapi tidak pernah ada sebarang bukti kukuh.
“Bagaimanapun, sejak dokumentari al-Jazeera mengesahkan Yasser diracun dengan polonium, kini tiada kesangsian lagi,” katanya. Dakwaan Yasser diracun timbul awal bulan ini selepas al-Jazeera menyiarkan dokumentari mengenai pengakuan pakar bahawa mereka menemui kandungan polonium tinggi pada tubuh pemimpin Palestin itu.
Polonium adalah bahan bertoksik tinggi dan sangat jarang ditemui di luar lingkungan tentera dan saintis. Bahan radioaktif itu pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Russia yang berpaling tadah, Alexander Litvinenko, yang maut sejurus selepas meminum secawan teh di London pada 2006. Sementara itu, jurucakap Perdana Menteri Israelmenafikan tuduhan Nasser dan mendakwa rejim Zionis itu “tidak terbabit” dalam kematian Yasser pada 2004
1 Ulasan