Banduan yang menjalani hukuman penjara kerana menghina kerabat diraja tampil membuat pengakuan bahawa mereka menerima layanan buruk dari pengawal penjara termasuk dijauhi banduan-banduan lain.
Di luar tirai besi, mereka disokong aktivis yang menganggap ianya perjuangan suara hati selain percaya negara luar tidak mengenakan hukuman seumpama itu.
"Beberapa warden membawa saya ke sebuah bilik dan mengarahkan banduan lain memukul saya," kata Thantawut Thaweewarrodomkul yang menjalani hukuman penjara selama 13 tahun kepada wartawan AFP semasa ditemui di dalam Penjara Tahanan Bangkok.
Kini, Thantawut sudah tiga tahun menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah memuat naik atas talian ayat berunsur fitnah terhadap kerabat diraja Thailand.
Menurut laporan Suruhanjaya Kemanusiaan, sebanyak 241 kes melibatkan perbuatan berunsur fitnah diraja sejak 2007 hingga 2012 masih belum diselesaikan dan dalam peringkat siasatan
1 Ulasan