Baru Bercinta Dah Ikut Telunjuk Boyfriend

Baru Bercinta Dah Ikut Telunjuk Boyfriend

hanifidrus
Pertamanya aku pun tak tahu kenapa entri menyampah ni keluar...hehehehehe
Entri menyampah kali ini pada wanita-wanita yang bercinta-cintun gaya-gaya suci..
Jangan salah faham pula...maksudnya ialah wanita yang tengah bercinta tapi nak keluar sana sini pun kena minta izin teman lelaki.
Aku memang cukup bebulu type pompuan macam ini.

Sebab ada kes baru-baru ini, kilang aku ada buat jamuan. Ada ler sorang operator aku ler tak nak pergi.
Aku tanya" Sayang , apasal tak nak pergi jamuan makan kilang. Free bukan suruh bayar"
( Nama sayang diguna untuk menyembunyikan identiti sebenar..hehehe)
So Si Sayang pun jawab " Abang tak kasi pergi"
"Abang mana?"aku bertanya
Dia jawab "Abang sayang, tunang..."
"Ohhh!!! " aku menganggukkan kepala.
Aku berkata lagi, "Aikk!!! Takkan pergi ke jamuan makan pun tak boleh..pergi ajerrr. Bukan buat apa-apa pun"
Perbualan itu pun terhenti begitu sahaja..sebab aku malas nak memaksa operator aku dan lagi pun alasan yang diberikan terlalu rapuh atau bahasa lembutnya banggang...heheheh
Aku tengah geram ini......hehehehehehehe.

Situasi sebegini bukan sekali aku lihat tapi kerap aku lihat berlaku terutama pada wanita Melayu kita.
Seolah-olah si wanita ini membenarkan dirinya dikawal sepenuhnya oleh teman lelakinya.
Kalau si lelaki ini kata A..maka A lah jawapannya...hehehehe.
Kononnya si wanita ini hendak membuktikan bahawa cintanya pada teman lelakinya adalah sepenuh hati tanpa berbelah bahagi.
Malah kalau diminta terjun ke lautan berapi pun sanggup.
Teman lelakinya itulah nyawanya... piraaaa!!!!
Dan sekali lagi, aku memang berbulu-bulu benda macam ni.

Tapi takkan nak keluar bersama rakan-rakan wanita atau menyertai majlis pun hendak minta kebenaran teman lelaki kau.
Biar betul!!!
Bukannya kau pergi sama jantan lain atau pergi ke disko atau bercuti berhar-hari bersama rakan-rakan yang tidak dikenali.
Itu kalau teman lelaki kau tak kasi ...aku rasa memang patut pun...hehehehhe
Dalam kes aku cuma pergi makan yang dianjurkan oleh pihak kilang. Lepas majlis kau mintalah teman lelaki kau jemput kau kalau dia tak percaya dengan kau.
Dalam cinta mesti ada WIN-WIN Situation...

Yang paling aku benggang ialah kejujuran ini, kau apply tak kepada kedua ibu bapa kau.
Adakah kesetiaan dan kepatuhan arahan oleh ibu bapa kau, selama ini kau ikuti.
Potong jari aku kalau kau tak pernah memprotes sedikit pun ibu bapa kau yang jaga kau sebesar lengan hingga kau besar sampai sekarang.
Tapi si lelaki ini yang baru kau kenal, kau serahkan segala-galanya.

Saya nasihatkan pada semua wanita atau rakan-rakan anda yang tengah bercinta ini, selagi belum ada ikatan pernikahan. Tak payah lah kau nak setia-setia membuta tuli.
Jangan bodohkan diri anda dengan terpengaruh LOVE IS BLIND.
Cinta tak buta tapi anda yang buta....Buta hati..buta mata..buta akal....
Kasihan aku lihat wanita sebegini...huhhuhuhuh

Aku dulu pun bercinta agak... tapi tak der ler halang perjalanan hidup kekasih aku, cuma aku ni kuat cemburu ajer.,..hehehehhe.
Sekarang dah ada 2 anak dah... bila dah nikah lain caranya.
Kalau kau nak keluar kena minta izin suami,
Aku izinkan...itu baru betul....sebab isteri kita adalah tanggungjawab kita...
Kalau bercinta tak payah minta izin boyfriend kau, tanggungjawab kau masih terletak pada ibu bapa kau..!!!

Hari ini memang aku cukup sedih lihat wanita sebegini....langsung tiada kekuatan kendiri..
Nak tegur pun tak boleh sebab wanita sebegini takkan terima nasihat punya...
Maaf kalau aku terkasar bahasa.....

Catat Ulasan

18 Ulasan

Unknown berkata…
abang si sayang tu dia nak gi dia tak bagi le... dan yg si sayang tu tak tau abang dia tu dah byk function yg dia pegi tanpa pengatahuan si sayang keh keh keh... cinta cinta... klw nak mintak reta benda... mintak le masa korang tengah asik masyuk bercinta... sume dapat ha ha ha... >..<
Tanpa Nama berkata…
cukup setuju...walaupun sy xbcinta sblm kawin dengan suami tp pernah la duduk dalam situasi llaki yang suka mengongkong. sy cukup pantang orang suka memberi saya arahan..tambah pula lelaki. tp masa couple budak2 hingusan dulu,kalau ada jenis llaki mcm tu,mmg say hihi byebye la HAHAHA
bt apa hormat org luar melebihi ibubapa kita..xlayakkkk
Izwa Kamaruddin berkata…
setuju...selagi tak sah lagi ikut kita la nak buat ape sebab masih lagi bwh jagaan dan urusan abah :)
dayteenlea berkata…
tak guna untuk ikut sangat
isk isk isk
Cik mama berkata…
Wahhh marah betull ni.. hehehe. cik mama baca pun rasa geram gak, mna tah letaknya akal kan, klu ngan parents tak munkin kot akan akur mcm ni... ermmmm APTB laaa
syafiqa berkata…
jenis gini yg tak faham dan tak gemar


taksub sangat dah -.-
Unknown berkata…
inila yg sy rasa pd kwn sy dlu..... nk shopping ngan bestpren pompuan pun xleh kalau pakwe x bg..sabo jela...nk pg mana sume kna minta izin mcm laki bini....dah jd suami, mmgla wajib bg isterikan???
Tanpa Nama berkata…
kalau KA selagi belum jadi suami, x perlu nak ikut telunjuk dia, kalau perkara yg x baik tu oklah, tpi setakat nak makn2 ngan kawan2 ape salahnyer
izzati_bloging berkata…
mak ayah diutamakan buayapren didua-duakan!!! hahahahaha
berlambak girls yang mcm ni...
tak paham aku
Nor Zilla Sensei berkata…
mugkin laki tu buat sebab dia terlalu sygkan ppuan itu kot. kalau tak sayang mesti dia biar je ppuan tu buat pape ikut suka ati.. kn?
Reena Sidek berkata…
setuju dgn entry ni...
kalau bf kata A... mak pak kata B...
kata bf dia ikut... kata mak pak tak ikut...
lepas tu sanggup gaduh dgn mak pak sbb nak bela bf...
bengang dgn org macam ni..
rAIHan berkata…
selalu je tgk jenis cenggini. haihh. tak tahu nak kata apa dah.
afzalsukasuki berkata…
betul2 aku pon rimas kalau jadik cenggini.kalau nak ajak lepak ramai2 ke,mesti bg alasan bf tak bagi la hape la.adoyai bila setat kapel ilang semua kawan2.bila putus cinta kawan2 gak dicarinya.puih!!
SURIA AMANDA berkata…
ye la...kekadang muak nak tgok mcm ni,...tp practice make perfect pada dia kot...
Aiisyah Roseskalerful berkata…
setuju! perempuan selagi xde ikatan yg sah dengan lelaki xpayah nak ikut sgtlah.. ikut ckp mak ayah dulu.. insyaALLAH bila dah kahwin, akan ikut cakap suami pula..
haryati berkata…
tu la kdg2 kerana syg apa pun diturutkan...tak bley lah...masih ada lg batasannya...
Tanpa Nama berkata…
miloais :

baru bercinta dah macam tu…
blom lagi sah suami-isteri…

iols perasan lah… lately memang ramai pasangan yg sebegini
segala hal nak kena tanya dan mintak persetujuan
apa kes??? bukannya suami isteri pun…. baru bercinta – gf/bf or bertunang…

lebih afdal mintak kebenaran dari mak-ayah sendiri hoccay!
Misterie87 berkata…
Realiti masa kini. sama jer macam adik aku juga. memang aku selalu sound adik aku pasal ni. pasal mak bapak tak reti nak ambil tau. tapi kalau bab bf/tunang. bukan main lagi dia jaga. aku pun sama juga macam Bang Nif. cukup menyampah dengan spesis2 begini. Belum jadi suami/isteri. dah kuat mengongkong. aku cukup benci dengan orang begini. tapi apakan daya. nak benci lama2 pun tak boleh. buat diri sendiri yg stress jer nanti.