Bayi Diserang Kucing Peliharaan

Bayi Diserang Kucing Peliharaan

hanifidrus
Perhatian kepada ibu-ibu yang mempunyai kucing dirumah. Jagailah bayi anda kerana baru-baru ini seekor kucing telah menyerang seorang bayi hingga mencederakannya.
Jom baca kat bawah ini.
Kucing pun suasah nak dipercayai sekarang ini...isskkkk

Seorang ibu dikejutkan jeritan bayi perempuannya awal pagi semalam dan mendapati dia cedera diserang kucing jiran di dalam katilnya.
Menurut Samantha Gittus, ketika dia bergegas memeriksa anaknya, kucing berkenaan masih menyerang muka anaknya, Georgie, 17 bulan.
Samantha, 23, kemudian bergegas membawa anaknya ke hospital dan doktor terpaksa mengenakan 17 jahitan untuk mencantumkan semula luka berkenaan.
Luka itu dipercayai akan menjadi parut kekal di kening Georgie. Insiden itu adalah yang terbaru membabitkan serangan kucing ke atas manusia. Ia mencetuskan desakan awam supaya ada undang-undang digubal bagi mengawal kucing berbahaya - sama seperti dilakukan ke atas anjing. Kata Samantha, pengalaman itu amat menakutkan.
“Hingga kini kucing itu masih berkeliaran di halaman kami dan tiada apa dapat dilakukan,” katanya. Ekoran kejadian itu, Samantha - seorang pelayan sambilan - bercadang berpindah ke rumah lain berhampiran Salisbury.
Katanya, kucing itu masuk melalui tingkap terbuka. “Kejadian berlaku pada tengah malam dan ketika saya tiba di bilik Georgie, dia berlumuran darah,” katanya.

Samantha juga bersyukur kerana luka itu tidak menyebabkan mata anaknya terjejas

Catat Ulasan

11 Ulasan

Unknown berkata…
errrr..
kesiannya!
Unknown berkata…
erk... mujur rumah aku ada 2 ekor hamster jer.. ha ha ha itu pun dalam sangkar, aku rasa baby tu buat sumting yg menyakitkan kot kat En.Kucen sehingga dia rasa terancam dan secara automatik tangan dia yg penuh dgn kuku tajam tu terus landing atas muko bb tu... :P
OKje berkata…
Jarang kucing menyerang kalau kita tak kacau dia...
Teacher Basariah berkata…
kucing tu geram tgk budak comel kot..sian baby tu..
sekarang ni, kucing pun membahayakan.. huhuhu
Mummy MM berkata…
Hish, sebab tu sya benci kucing. Nasib baik tak da kucing
Unknown berkata…
anak saya minat sangat kucing..tapi saya tak bagi dekat...inilah sbb yg saya risau sangat..kita bukan tahu tindakan kucing tuuu....kesian budak tu..sikit lg nk kena mata
daimpressive berkata…
kena potong kuku kucing
Hana berkata…
biasalah tu.. :P sian budak tu kan. agak2 nanti da kesan parut x?
Aimacomel berkata…
bahayanye camtu.. parut kekal? apalah yg akan diceritakan nti eh kat budak tu bila dia dh besar.. ~saya memang tak berani dekat dgn kucin ni
Cendol berkata…
ishhh kesian budak tu!!!kucing nakal ni,buang kang baru tau!!!