Selebriti, Kim Kardashian dilaporkan membelanjakan (RM309,057) untuk membeli mangkuk tandas yang boleh berfungsi secara automatik.
Bintang realiti televisyen berusia 31 tahun itu dikatakan bimbang tetamu yang berkunjung ke kediamannya tidak akan mengepam tandas selepas menggunakannya. Dia dilaporkan menyelesaikan masalah itu dengan membelanjakan sejumlah wang untuk tandas yang boleh mengepam secara automatik.
Satu sumber memberitahu US magazine: “Kim bimbang orang menggunakan tandasnya dan lupa untuk mengepam. Dia juga suka menjadi wanita pertama di kawasan kejiranannya yang mempunyai tandas lebih mahal daripada kediaman lain.
2 Ulasan
entah2 tak cuci lepas membuang... tu lagilah pengotor...