eorang tukang gunting di pedalaman Pakistan kini bertarung dengan nyawa selepas pancainderanya dipotong kerana menjalani hubungan dengan seorang wanita dari keluarga berpengaruh yang sudah berkahwin, kata polis, semalam.
Pegawai polis berkata, Yousaf Khan, 32, diculik oleh tujuh anggota keluarga tuan tanah yang kemudian mencungkil matanya dengan pisau sebelum memotong telinga, hidung bibir dan lidah mangsa.
Kejadian berlaku di Kampung Mirzapur di daerah Okara, kira-kira 120 kilometer di timur Lahore, bandar utama wilayah Punjab di Pakistan.
Pegawai polis yang terlibat dalam siasatan kes itu, Khaliq Riaz berkata: “Yousaf disalahkan kerana menjalinkan hubungan dengan seorang wanita. Kami sudah menangkap lima suspek.”
Khaliq berharap dua lagi suspek, seorang lelaki dan seorang wanita yang juga terlibat dalam kejadian itu akan ditahan tidak lama lagi.
“Keluarga itu berkata, mereka sudah berkali-kali memberi amaran kepada Yousaf supaya menghentikan perhubungannya dengan wanita itu dan mereka terpaksa mengambil tindakan melampau untuk menghukum tukang gunting itu,” katanya.
Yousaf sudah dibawa ke hospital tempatan dan doktor kini berusaha untuk menyelamatkan nyawanya
2 Ulasan