Culik bayi pada 1987, wanita dipenjara 12 tahun

Culik bayi pada 1987, wanita dipenjara 12 tahun

hanifidrus
Seorang wanita yang menculik bayi dari sebuah hospital lebih daripada dua dekad lalu, kemudian membesarkannya sebagai anak sendiri dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, semalam.

Hakim menjatuhkan hukuman ke atas Ann Pettway kerana melakukan jenayah bersifat kepentingan diri selain membiarkan ibu bapa kandung Carlina White berada dalam kebimbangan dan kesedihan sehingga memaksa hospital berkenaan meningkatkan tahap keselamatan di situ.

Wanita berumur 50 tahun itu bagaimanapun mengaku bersalah menculik White pada Februari 1987, dengan menyamar sebagai jururawat di hospital kemudian meyakinkan ibu kandung White bahawa bayinya yang berumur 19 hari itu perlu mendapatkan rawatan demamnya dalam bilik kecemasan sebelum melarikannya.

Hakim Kevin P. Castel menjatuhkan hukuman penjara kurang daripada 20 tahun kepada Pettway susulan menerima pakai cadangan pendakwa yang mengganggap tindakan wanita itu melibatkan emosi dan bersifat keibuan.

Catat Ulasan

4 Ulasan

MalizaMah berkata…
dah berlalu berapa tahun, masih kena. mean tak akn lps pun.
MalizaMah berkata…
dah berlalu berapa tahun, masih kena. mean tak akn lps pun.
Reena Sidek berkata…
salah tetap salah...
Unknown berkata…
ada baca berita pasal ni...haihhh...lambat laun bocor jugak...