Kementerian Komunikasi dan Maklumat Indonesia memaklumkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama dengan enjin pencari gergasi Google dan laman perkongsian video, YouTube untuk menyekat laman lucah di negara itu.
Pengarah di kementerian tersebut, Azhar Hasyim berkata, mereka telah mengadakan perbincangan dengan YouTube untuk melaksanakan rancangan itu.
Awal bulan ini, sebanyak satu juta laman berunsur lucah dikendalikan oleh negara asing berjaya disekat oleh kerajaan sebagai menghormati Ramadan.
Difahamkan, langkah tegas terpaksa diambil selepas kementerian tersebut menerima 100 juta aduan berhubung lambakan laman pornografi yang boleh diakses dengan mudah di negara itu
2 Ulasan