Hajat Tercapai Untuk Mati

Hajat Tercapai Untuk Mati

Kau orang fikirlah sendiri..wajarkah kita mengasihani atau menyokong atau ketawa melihat manusia yang kecewa menjadi manusia dan beranggapan mati adalah lebih mulia. Dengan cara mematikan diri lebih awal?

Seminggu selepas gagal mendapat kebenaran mahkamah untuk menamatkan riwayatnya sendiri, Tony Nicklinson disahkan meninggal dunia di rumahnya, semalam.
Menghidap kelumpuhan menyeluruh - dikenali sebagai sindrom locked-in - Nicklinson mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Januari lalu untuk mendapat pengisytiharan supaya mana-mana doktor yang menamatkan hidupnya tidak didakwa kerana membunuh.
Minggu lalu, mahkamah menolak permohonan itu.

Bagi Nicklinson, 58, keputusan itu menyebabkan dia “terlalu kecewa.”

Hanya beberapa jam sebelum kematiannya diumumkan peguam, Nicklinson mengirim pos terakhir di Twitter menggunakan akaunnya, menyatakan: “Selamat tinggal dunia, masanya kini tiba. Saya agak seronok.”

Nicklinson bertugas sebagai pengurus korporat dan aktif bermain ragbi sebelum mengalami serangan jantung pada 2005 menyebabkan dia lumpuh dari parah leher ke bawah.
Dia memerlukan penjagaan berterusan, manakala hampir semua komunikasinya hanya berlaku melalui kerdipan mata, tetapi mindanya tidak terjejas ekoran masalah itu.

Nicklinson berpendapat, undang-undang Britain melanggar haknya untuk mendapat “kehidupan sendiri dan keluarga” seperti dijamin Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.
Bagi Nicklinson, hak memilih bagaimana cara untuk mati adalah autonomi peribadi.

Sebelum ini, dia menggambarkan hidupnya selepas lumpuh sebagai “mimpi ngeri yang nyata.”
Anak perempuan Nicklinson berkata, dia mati “dengan aman akibat sebab semula jadi.”
Sejurus kemudian, keluarganya mengeluarkan kenyataan, Nicklinson meninggal dunia akibat pneumonia.

Polis pula berkata, mereka tidak akan menjalankan siasatan terhadap kematian Nicklinson.
Sebelum ini, Nicklinson berkata, jika diberikan hak untuk mati, dia tidak mahu ditamatkan riwayatnya serta-merta, sebaliknya mahu tahu pilihan yang ada.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Aimacomel berkata…
Tuhan bagi peluang untuk hidup, tapi nak mati.. 'mati dengan aman' ermm di sana nanti belum tentu lagi kan
Aimacomel berkata…
Susah jgk eh nk cari org2 yg berintegriti tinggi ni
Tanpa Nama berkata…
pelik2 la...haha

Selamat hari raya maaf zahir dan batin